Thursday, October 13, 2011

My Happiest Moment


Hello readers...

Entry ini bertujuan untuk menyertai pertandingan "Happy Photography" by Olympus.

4 tahun lalu, saya menggunakan camera kompak yang hanya dijadikan sebagai "ujikaji" untuk saya mendalami ilmu fotograpi. Dari situ saya belajar bagaimana untuk compose gambar, menggunakan mode manual dan lain-lain.

Oleh kerana kamera kompak tidak mencukupi, saya beralih ke arah kamera DSLR.

Minat yang mendalam terhadap kamera menjadikan saya obses untuk membaca tutorial berkaitan dengan dunia fotograpi, membaca majalah yang berkaitan dan pergi ke majlis-majlis yang memberikan ruang ilmu terhadap seorang "photographer"

Saya seorang amatur dalam bidang ini. Dan, saya juga memulakan langkah untuk menjana pendapatan sampingan dengan berbekalkan minat dan ilmu yang saya ada ketika itu. Ilmu harus ditambah dari hari ke hari.

Cerita #1

Cerita ini berkenaan pengalaman saya mengambil gambar pasangan di taman bunga. Sehari sebelum pergi mengambil gambar untuk keesokkan harinya, saya memulakan sedikit research untuk mengasah mata untuk menjadi lebih tajam. Bukan senang mahu "develop" mata art of seeing tu ya, makan masa untuk dipraktikkan, jika seseorang itu dikurniakan oleh tuhan dengan bakat semulajadi menjadi lebih mudah.

Ok, walaupun kita dah membuat persiapan yang rapi sebelum hari penggambaran, tetapi jika tidak membuat "lakaran awal" untuk membuat apa dan apa seterusnya semasa di lokasi amatlah tipis peluang untuk mendapatkan gambar yang kita mahu dan rancangkan. Dengan demikian, anda terpaksa menulis di dalam buku ataupun mengambil contoh gambar untuk buat rujukan di lokasi.

Selepas sesi "ice-breaking" dengan pasangan (model) maka sesi penggambaran pun bermula. Terus-terang saya katakan, bagi seorang jurufoto amatur, gambar-gambar yang dirakam pada awal sesi tidak memuaskan hati saya sendiri. Jika saya tidak puas hati, masakan pasangan tadi gembira melihat foto tadi? Jawapannya haruslah tidak kan? =D

Sebab kita merakam gambar manusia, maka ianya bermain dengan emosi dan juga ekspresi. Emosi yang bagaimana kita mahukan pasangan tadi lakukan. Sedih?Suka? Cinta? maka disini menjadi sedikit sukar kalau-kalau pasangan tadi tidak berupaya melakukannya untuk kita.

Emosi cinta dan bahagia menjadi fokus utama dalam setiap gambar pasangan. Itu biasa kerana setiap pasangan mahukan cinta dan bahagia dalam setiap hidup yang dilalui. Jika pun langit tidak secerah yang disangka hingga ke petang, tatapan cinta melalui gambar yang terakam menjadikan rasa itu datang kembali dan menghangatkan perhubungan. Indah eh? =D

Contoh gambar yang menjadi kegemaran saya;



Dalam 200+ gambar yang diambil, hanya 2 keping ini saja yang saya muatkan dalam photoblog (shahrollphotography blog) bukan kerana yang lain tidak bagus, cuma tidak menepati tema entry yang diinginkan. =D

Sebagai jurufoto, jika kita sendiri tidak gembira melakukan kerja-kerja penggambaran, hasilnya memang tidak bagus. Jurufoto lah yang memotivasikan subjek supaya foto yang dirakam menjadi sempurna dan menepati kehendak pelanggan itu sendiri. =D

Sedikit info tentang penganjur (Olympus):

poster promosi daripada Olympus

Olympus PEN Lite E-PL3
Olympus PEN mini E-PM1
Promosi terbaru OLYMPUS

Spesifikasi boleh di lihat di SINI

Youtube promo

"... Have you ever felt like you wanted to press pause on life to stay in a moment forever? We all know happy moments like that - as our first bicycle ride, a special birthday celebration, or just a crazy outing with your best friends. Olympus understands our need to make those moments last forever, and with its two new additions - the PEN Lite and the PEN Mini - to the Olympus PEN line of cameras, preserving happy moments has never been easier!..." ^_____^ V

enjoy!


8 comments:

hazman aka species1980 said...

kalau ade gambar bro yang tengah happy bangat sambil layan karok pun best gak....hehehehe

SHAHRUL HAIRY DOT COM said...

Bro Hazman:

Kalau bro tgk gambar pasangan diatas tu happy2 je kan, agak2 bagaimana lah rupa fotographer (saya la tu) ketika itu ya? HAHA!

Gambar karok tak de la bro.. haha bro tlg amekkan leh? =D

Geng Borak said...

aku tengah cari gambar happy nih.. hahahaaa

SHAHRUL HAIRY DOT COM said...

Bro Kid:

Haaa, carik2 lam HDD tu.. then tepek kat lam blog k.. sama2 kit fight dalam ini contest.. huhhu~

penmerah said...

best2.. nk join tp xdek idea lg. muahahaaa

SHAHRUL HAIRY DOT COM said...

PM:

HAHA, thanks.. best ke? gambo best ke cerita nyer best? =p
Idea xde? lepak tepi WW, sure dpt idea.. ahahha...

nur said...

good luck.
teringin nak jadi fotografer hebat macam kamu.. saifulnang.. annas.. etc

http://picturesbynur.blogspot.com/2011/10/my-happiest-moment.html

SHAHRUL HAIRY DOT COM said...

Nur:

Thanks Nur! and thanks drop comment here.. u can do it the same thing Nur.. keep it up! =)