Saturday, August 13, 2011

Bagaimana hidup sebagai seorang yang bergelar "blogger"? [How to] by shahroll


As salam and hello readers,

Bangun untuk makan sahor, walaupun pada jam 11 lebih malam tadi aku dah makan agak banyak. Now lapar lagi. Tunggu mak aku siap masak lah. Sementara mak aku siap masak, update sekejap draft post ini yang aku dah siapkan malam tadi (Lupa kauuu nak matikan PC! cet)

Bagaimana lah hidup sebagai seorang blogger? Aku blogger? Jika YA, mesti banyak perkara yang korang kena "jaga" pantang larang dalam berblogging ni. Banyak ke pantang larang, well itu adalah depend pada diri masing-masing. Ada yang menjaga pantang itu, dan tak kurang yang main redah je.

Bagi aku, takde yang special pasal blogger ni. Serius. Melainkan korang mempunyai idea-idea yang cool yang boleh menjadi pembangunan minda bloggers lain, itu aku salute. Yang boleh mengajak bloggers lain berfikir sama macam korang tulis dalam post entry. Itulah blogger yang best! itu bagi aku lah, masing-masing mempunyai tafsiran/andaian yang berbeza.

Aku ada terjumpa kartun yang best ni yang aku cilok dari Online Journalism Blog yang mana konsep dibuat oleh Paul Bradshaw. Jenaka usik-mengusik di pagi Sabtu! =D
Teringat aku masa mula-mula masuk dalam blogsphere. Masa tu masih tercari-cari niche apa aku nak buat. Sampai lah aku just tulis apa yang aku suka, sampai la sekarang. Kadang bila menulis tak perlu nak kerah sangat kepala otak nak dapat idea. Kadang sehari boleh update sampai 8 post. Bila takde idea, mulalah gersang idea a.k.a tepu.

Bagi yang suka-suka berblogging macam aku, tak kisah sangat nak jaga unique visitor (UV) ke apa, janji ada benda best, aku post lah. Kalau dulu, banyak post orang aku ambil dan tambah sikit-sikit dengan penjanaan idea aku sendiri. Bertatih untuk melakukan post dengan mengemukakan content yang original. Bukan kau semalam ko develop blog, hari ini dah pandai buat idea yang cool. Belajarlah dari bloggers yang lain. =)

Bila anda dah berada di tahap ini, TAHNIAH sebab, penduduk bloggers telah nampak kewujudan anda dalam arena blogging negara. Dengan komen berbentuk cacimakisajadiriku ataupun komen yang membinatapitakberasas pun ada. Anggaplah semua itu permainan SEO oleh bloggers lain.

Bukan senang ya nak ke tahap ini. 200 post entry yang pertama, jangan harapkan komen dari bloggers lain. Memang takde punya lah. Just keep posting dan lekatkan dalam kepala, kalaupun tak komen kita punya post, may be dorang dah baca. Itu yang penting. Baca.

Sudah menempa nama, walaupun tak lah sepopular artis, tapi anda sudah di chop "artis" oleh sesetengah bloggers. BAGUS! Anda dah berada di puncak. Pucak apa lah? Kejayaan meletakkan nama anda sebagai selebriti bloggers setidaknya. Lagi advance, anda telah "diasingkan" dalam kategori bloggers "mahal".

Kenapa? Sebabnya ada beberapa faktor. Mungkin 1 post anda akan dibayar dengan kadar yang sepatutnya (advertorial). Menghadiri majlis yang dijemput oleh pihak tertentu secara eksklusif. Anda memang sepatutnya mendapat layanan VVVVVVVVIP kerana blog anda telah mendapat mencuri ramai pembaca di dalam talian!

Semua ini tak terjadi bila anda tidak bergaul di dalam komuniti. Komuniti penting dalam membentuk sikap,pemikiran dan juga corak perkembangan kandungan blog anda. Tanpa komuniti, siapalah nak baca blog anda? Jika mengharapkan pembaca yang diluar radius komuniti bloggers, ianya tidak memberi impak kerana hanya jauhari mengenal manikam.

*(point sama seperti diatas)*
Cumanya nak menambah, kemahsyuran bila dimana blog yang di bangunkan oleh anda mencapai rank yang paling tinggi. Maksudnya, dah jadi top blogger di Malaysia contohnya. Setiap hari 12 juta pengunjung di dalam laman sesawang anda. Mesti ada masalah yang tersendiri bukan?

Jika yang menggunakan self-host misalnya, pertambahan bandwidth semestinya akan berlaku dan ini melibatkan kos. Kos ini ditampung oleh pengiklanan yang anda jalankan di dalam blog. Tak kiralah samada di dalam bentuk perkataan (text ads) mahupun berbentuk 125x125 banner.

Blog anda juga kerap berlaku downtime. Ini bergantung kepada pihak syarikat yang membekalkan hosting anda. Jika bagus perkhidmatannya, maka blog anda pun tidak terjejas dengan perkara ini.

Tahap ini anda memerlukan lebih dari seorang untuk mengendalikan blog yang telah anda bina. Ini kerana, pengisian dari idea anda sendiri tidak dapat menampung kapasiti pembaca dari hari ke hari menunjukkan peningkatan yang tinggi. Jika anda seorang saja yang melakukan kerja-kerja penyuntingan gambar, membuat write-up dan mencari konsep yang berlainan setiap post, itu yang dinamakan "mati" dalam istilah ini.

Konsep penulis undangan menjadi konsep yang win-win situation dimana, blog yang berkongsi penulis menggabungkan dari segi idea. Selain itu, visitor yang datang juga meningkat 2 kali ganda kerana pergabunggan blog anda. Sedia untuk melakukan konsep ini? Mantapkan blog anda dulu! =)

Ini adalah pendapat aku sebagai marhaen biasa sebagai blogger di pinggiran. HAHA. Yang baik dari Allah S.W.T dan yang khilaf dari aku sendiri. Terima kasih kerana membaca post aku hari ni yang agak panjang dan sedikit informasi yang aku sajikan. 

Selamat berpuasa.

Enjoy!


8 comments:

Mek Onie said...

fuhhhhhhh! tepat,padat,terbaik.... meaw suka jugak kalau kita belajar dari blogger lain... apapon berblogging ni bukan untuk mencari glamer tetapi berusaha untuk mencari glamer dalam penulisan...

tahniah bro,meaw suka entri ni

SHAHRUL HAIRY DOT COM said...

Meaw:

Dia punya fuhhh macam berjogging ya.. hehe pepagi otak dah ligat membaca entry panjang ye? hehe thanks Meaw!

yup! belajar tak kan pernah habis, dgn itu, amik lah sedikit ilmu dari yang sebanyaknya untuk digunakan dan dimanfaatkan oleh org lain. =) peace!

Cik Puan iLa said...

Seronok sebenarnya jadi blogger ni..hasil titik peluh yang kita buat dengan menaip,rasa puas hati bila ada yang membaca..tak kisah walau hanya seorang je yg baca,tapi berbaloi..
Betul sgt.permulaan yg baik,jgn mengharap utk dikomen,yang penting..kita menulis tu dtg dari hati sendiri bkn kerana orang lain.. ;)

Abe Goreng said...

Haha.setuju dgn @meaw. Hrp dpt kongsi lg byk pnglmn sebgai blogger ye. menarik.:D

Watak Kartun Di zombi Kg.Pisang Kan!!!

SHAHRUL HAIRY DOT COM said...

Cik ila:

Memang seronok menjadi penulis semi-pro ni Cik ila. Lebih2 lagi jika penulisan kita disambut baik seperti kalian membaca posting saya ni.

Dari segi material (duit) itu akan datang kemudian. Blog sudah mantap, income juga dtg dgn sendirinya. =)

SHAHRUL HAIRY DOT COM said...

Abe Goreng:

Thanks bey demo baco kawe punya blog (alamak, betol ke slang Kelatey ni?) hehe, posting2 lain akan menyusul ye bey.. =)

Amer @TendToTravel said...

wah..bagus betol post nih..memang tepat sekali walaupun aku belom menganggap diriku sebagai blogger. Belom masanya lagi..memang banyak kerja nak jadi seorang blogger, memang pon hard work habis..mula2 tuh senang ajer nak spend 8-10 jam sehari..kadang2 lebih dari tu..apa-apapun tahniah dan teruskan perjuangan anda sebagai seorang blogger yang berjaya!

SHAHRUL HAIRY DOT COM said...

Amer:

Thanks Amer! thanks sudi komen dalam blog ni. Kualiti spend time depan PC lebih bagus dari spend lama2 tapi nothing to do. Just surf blog sendiri tanpa ada usaha ke arah memajukan blog yang ada =)

chillax! see ya..