As salam and Hello readers!
Dah makan tengahari? Belum? Kalau belum, aku ada sesuatu destinasi yang best untuk korang mencubanya untuk hari esok. Actually, aku makan kat sini hari Jumaat lepas, lepas solat Jumaat. Biasanya aku ke kedai sebelahnya, tapi hari tu, aku nak sangat cuba ikan bakar dia. Bau dia harum ok!
Nama kedai tu, Aida Ikan Bakar
Terletak di seksyen 6, Shah Alam dan betul-betul berhadapan dengan Pasar Besar seksyen 6. Belah belakang ada surau disitu. Simpang masuk yang pertama selepas korang lalu round-bout (kalau ikut dari arah UiTM). Kalau tak, tahu mahkamah tak? yes! situ je...
kedai di hujung corner...
Kedai ni kalau korang lambat datang (selalunya tengahari) memang penuh punya. Ini dari pengamatan aku sendiri la masa aku datang, tak berapa ramai sangat, lepas tu aku dah hadap makanan, berduyun-duyun orang datang. Khasnya orang yang bekerja sekitar seksyen 6 la...
pilih ikan dulu.. kasi panaskan ikan di bara...
Pilihan ikan masa tu, aku pilih ikan Talapia. Yang ada cuma talapia,ikan kembung dengan ikan jaket (cencaru). Agak lama tak merasa ikan talapia, so aku bedal ikan tu lah.
#1
#2
#1 tu kerabu mangga. Yang best kerabu mangga dia ni, aku macam terasa kulit limau kasturi. Memula sedap la, lepas tu rasa macam kerabu kulit limau la pulak. Cepat muak ok! Tapi habis gak (lapar kan, bedal semua). Yang #2 tu pulak, aku suka letak bawang merah besar ngan cili padi banyak-banyak dalam pencecah tu.. slurrppp!!
Tu diaaaa.. Terasa lapaq la pulak! haissh.. ni malas update pasal makanan! hahah.. ikan talapia yang masak ranum plus panas aku salut dengan belacan cair. Fuhhh~ then, pencecah tu aku taruk banyak-banyak ngan bawang tadi, MANTOP!
Nasi aku tambah dengan kerabu mangga dan tak dilupakan, TEMPE! Sebagai orang Jawa tegar, tempe tak boleh ditinggalkan, kecuali owner kedai tu tak sediakan, huhu.. nallaaa punya makan ni!
"kelembutan" isi ikan talapia....
Ada sekumpulan manusia agak bising pasal banyak kucing kat kedai ni. Aku tengok tak de la kucing ni kacau pun, takat duk bawak meja kerusi je, tak de hal la kan. Dah owner kedai tu penyanyang nak bela kucing, lantak pi la kan. huhu~
Final stage punya makan. Sapu bersih! tak jugak la, sebab ada sisa nasi tak habis tu. Sayang jugak nak tinggal, kang nasik tu menangis, tapi perut dah full. Herm, ikut hati sangat makan, sampai tak habis. Next time, sikit-sikit je amek! huhu~
Untuk keseluruhannya, makanan diatas bercampur dengan Air Teh Ais, adalah RM 8.00 ringgit. Ye, betul! Murah kan? aku dah habaq kat hang, haaa.. nganga mulut naa? Jom, makan kat sini, siapa nak open table?
Kedai Aida Ikan Bakar | Seksyen 6 Shah Alam
6 comments:
whoaaa... boleh belanja gue nie...hehehehe
Bro Hazman:
Bisa Om! omong-omong kapan ya? ahahah...
ada 1 lagi dekat shah alam. dekat sri muda. kalau tak salah sekysen 30 kot. namanya restoran ikan bakar. memang lagi banyak pilihan dan murah. :D
nak try! XD
Sarah:
Dekat Sri Muda? mana ya? selalu gak lalu sana.. =) ke Sara ada buat review?
Han:
Nak try ajak saya! ahahaha~
Post a Comment