As salam and hello readers,
Aku nak kongsi maklumat dengan korang tentang, macam mana kita nak tamatkan sijil perniagaan kita dari SSM jika perniagaan yang kita jalankan itu tidak mencapai tahap keuntungan yang memuaskan dan ingin menamatkan perniagaan tersebut.
Setiap sijil perniagaan adalah untuk satu-satu jenis perniagaan atau beberapa yang lain. Contoh, aku buat sijil perniagaan untuk perkhidmatan. Dalam perkhidmatan tu pulak, macam-macam aku letak seperti perkhidmatan fotografi,sewaan studio,perkhidmatan membuat website. Korang kena perincikan apa jenis perniagaan yang korang jalankan. Tapi, jika mahu menamatkan perniagaan tu bagaimana?
Langkah yang perlu diambil:
1) Pergi ke SSM yang terdekat ngan korang. Kalau aku, aku pergi ke Plaza Alam Sentral je, dekat. Ambil borang di kaunter (ada orang jaga neh) cakap kat dia nak borang penamatan perniagaan. Siap isi borang, baru dapat nombor giliran.
2) Setelah nombor korang dipanggil, bagi borang yang diisi tadi dan akan dikenakan bayaran RM10 sahaja untuk penamatan. Cuma, suka aku nak ingatkan korang, pengalaman aku buat penamatan ni setelah sijil aku dah habis tempoh penggunaan sijil itu. Kalau sijil tu masih valid, tu kena tanya orang kat kaunter lah.
3) Di kaunter pertama sekejap je urusan, tapi untuk dapatkan salinan surat yang mengatakan sijil itu telah ditamatkan agak ambil masa. Dalam 30 minit di kaunter berlainan ye. Kalau dah dapat surat tu, kiranya dah setel la.
Benda ni senang je sebenarnya, tapi remeh. Siapa suka buat kerja remeh kan? tapi itulah, aku sedang merangka perusahaan yang lain, selain yang aku usahakan sekarang. Apa ya?
18 comments:
Masa nak buat pmbubaran perniagaan ni perlu ka bawak sijil ssm yg dulu?
ila: Tak perlu. Boleh ke SSM Shah Alam di Seksyen 3 ye (Belakang Caltex Mcdonals)
Salam, boleh ke kalau dah tamatkn sijil perniagaan,, then daftar yang baru, dgn perniagaan yg sama, nama perniagaan saja berlainan
Unknown
Waalaikumsalam, boleh je. Tamatkan SSM lama, lepastu g daftar yang baru tu, nama business je la kan? bidang masih sama?
Kalau kita tamantkan sementara business kita then daftar yg sama boleh ker
Klau ada nk tamatkan 2 ssm kena bayaran rm10 ke atau 20 ..
Klau kita nk ttup ssm sbb xsehaluan dgn rakan meniaga xcapai masa 2mggu penggunaan sijil tu blh ke?caj brpe
Saya baru buka sijil ssm dalam sebulan , tapi boleh ke nak tamat kan,? sebab bisnes tak bapa nak okay .
Nak tanya siapa boleh beritahu saya kalau perniagaan kita kongsi sama kawan,tetapi kita mana menamatkan perniagaan boleh tak . Harus ada persetujuan kawan tak . Tetapi kawan sudah hilang tak tahu kemana
Thank you
Salam encik law nk tamat perniagaan yg share mcm mane?
Sy lupa perbaharui lesen selama 6 bulan. Adakah perniagaan kita tu akan terbubar sendirinya... Apa akan jd jika kita tak tutup perniagaan tu dan tak byr sijil tu selamanya?
Dapat refun balik ke kalau kita tamatkan ssm tu?
dalam 5tahun lepas dftr ssm tp xberniaga pun, dan xpnh renew lesen ssm tersebut, adakah ssm itu masih aktif ?
Mcmana tuan..dpt x batalkan
Boleh bt ke tuan
Nak cancel akaun syarikat mcm mana pulak.xniaga dh risau kena cukai
Salam..nak tnya kalau mcm sy nk mati kan ssm.boleh tak klu sy x bawak sijil ssm tu.
Post a Comment