Holla bloggers!
Destinasi makan-makan diteruskan lagi. Kali ini bertempat di Teluk Pulai, Klang. Sure korang tak pernah pegi sini kan? Sini banyak tempat makan yang korang boleh cuba dan salah satunya di S-E RELAX!
papan tanda di susur jalan utama
Untuk makluman korang, sebelum nie pon aku dah banyak kali makan di sini dan selalunya tidak mengecewakan makanan yang di hidangkan kepada pelanggan. Dan, kali nie aku mencuba LAMB CHOP, makanan western yang belum aku cuba di sini.
tadaaaa.. lamb chop!
Harga untuk makanan nie RM10.80 saja. Memang berbaloi korang belanjakan duit tu untuk makanan ni. Serius sedap. Aku kunyah lamb dia, lembut dan basah-basah.Tak overcook, just nice dia grill. Macam tak cukup je aku makan, nak je order lagi. HAHA!
see? betol kan ape aku cakap? hehe~
Kedai makan di S-E RELAX nie membawa konsep "open-air". Akan tetapi, ada port-port dimana korang boleh duduk bersimpuh/bersila semasa makan ataupun di pondok-pondok kecil. Aku suka duduk kat meja makan biasa je.
Siap ada kipas kauuu...
Aku suka duduk area meja bulat/segi empat..
Untuk yang datang berdua macam pakwe/makwe tu, boleh la lepak kat meja 4 segi. Sesuai tuk korang nak dating! Dan, untuk berkeluarga pula, ada banyak pilihan samada nak duduk secara bersila (seperti gambar diatas) ataupun di sebelah depan parking kereta ada satu lagi tempat duduk yang panjang boleh muat dalam 8 orang.
Teh Halia Panas
Melengkapkan hidangan, aku order air Teh Halia Panas sebagai penutup. Eh, bukan, penutup aku air suam! Lama tak pekena teh halia, sekali datang, fuhhh~ berpeluh! dah makan lamb, minum pulak teh halia.. hao liao meyy!
Kalau korang nak datang ke Cafe S-E RELAX nie, senang je. Dari KL (sentral) ambil KTM menghala ke Port Klang. Turun di Station KTM Klang, ambil teksi pergi ke Teluk Pulai. Senang kan? Oh! nak map? tengok bawah...
Ok lah, rate aku untuk kedai makan nie:-
Cleanliness : 4/5
Ambience : 4/5
Food Quality : 5/5
Service Quality : 4/5
Value For Money : 4/5
Overall : 4/5
Berbaloi untuk anda mencubanya! see ya!
4 comments:
the food look yummy and delicious must try nih...thanks for sharing.
kena try ni. macam murah dan sedaaaaaap sangat :)
Ms. Littlewing:
u MUST try.. memang sedap.. tapi u duduk mana? =D
Sarah:
Try try.. bawak 1 family sekali k.. eheheh~ thanks drop here.. =D
Post a Comment