Pepagi Khamis aku mulakan dengan membuka #twitter dan juga akaun Google. Then baca blog dan semestinya aku tengok2 blog yang aku follow. Dan yang menarik perhatian aku pasal KLFB.
Apa tu?
Facebook Malaysia membawakan Facebook Developer Garage yang bakal diadakan di Kuala Lumpur pada 26 hingga 28 Februari 2011.
Melalui program Facebook Developer Garage ini, para pembangun akan mempelajari segalanya berkaitan platform Facebook daripada para pembangun Facebook sendiri, dan menariknya, program ini disediakan secara percuma.
Facebook Developer Garage ini akan mendidik para pembangun dalam membangunkan aplikasi Facebook mereka, dimana melalui acara tiga hari ini, pelbagai aktiviti akan diadakan, dimana para pesertanya akan membangunkan pelbagai prototaip, dan kelak akan mempersembahkannya kepada umum pada hari yang terakhir.
Prototaip dan aplikasi Facebook yang menarik, kelak akan dianugerahkan RM2,500 dalam meneruskan pembangunan projek Facebook mereka.
Facebook Developer Garage juga mendapat sokongan daripada Tandemic, iaitu salah satu agensi konsultan tempatan berkaitan rangkaian media sosial.
picture credit: HERE
Para peserta yang berminat, boleh mendaftarkan diri pada laman rasmi Facebook Developer Garage Kuala Lumpur, yang mana akan diadakan di Institut APIIT di Bukit Jalil. [credit: Ahmadfaizar Blog]
**********
Serius best gile kot? Workshop 3 hari yang sarat dengan ilmu pasal Facebook. Yelah, asyik jadi user je, baik jadi Developer lak kan? =D details korang leh pergi ke laman web dorang di http://klfb.urekaweekend.com/
4 comments:
dah xminat dgn FB ni...makin bosan
Ko tengoklah nanti. Dr Rozmey gerenti pergi. Dia kan nak bangunkan DrBook. Hahahaha
Terbaru >Kenduri Aqiqah. Jumpa Bean Moreno, Che Armster, dan.....? > Monday Blues > Download Drama Bersiri TV3 - Gemilang (Episode 1 - 3)
Edy:
Tang mana yang bosan tu.. hahha~
Slay:
Bukan hang ke nak dtg sama Dr tu? hahahaha~
Post a Comment