Thursday, February 17, 2011

KLFB: Facebook Developer Garage!! by shahroll

As salam to all,


Pepagi Khamis aku mulakan dengan membuka #twitter dan juga akaun Google. Then baca blog dan semestinya aku tengok2 blog yang aku follow. Dan yang menarik perhatian aku pasal KLFB.


Apa tu?



Facebook Malaysia membawakan Facebook Developer Garage yang bakal diadakan di Kuala Lumpur pada 26 hingga 28 Februari 2011.


Melalui program Facebook Developer Garage ini, para pembangun akan mempelajari segalanya berkaitan platform Facebook daripada para pembangun Facebook sendiri, dan menariknya, program ini disediakan secara percuma.
Facebook Developer Garage ini akan mendidik para pembangun dalam membangunkan aplikasi Facebook mereka, dimana melalui acara tiga hari ini, pelbagai aktiviti akan diadakan, dimana para pesertanya akan membangunkan pelbagai prototaip, dan kelak akan mempersembahkannya kepada umum pada hari yang terakhir. 


Prototaip dan aplikasi Facebook yang menarik, kelak akan dianugerahkan RM2,500 dalam meneruskan pembangunan projek Facebook mereka.
Facebook Developer Garage juga mendapat sokongan daripada Tandemic, iaitu salah satu agensi konsultan tempatan berkaitan rangkaian media sosial.
picture credit: HERE

Facebook Developer Garage juga merupakan salah satu daripada 30 program yang disokong sepenuhnya oleh Facebook dan Intel pada tahun lepas.
Para peserta yang berminat, boleh mendaftarkan diri pada laman rasmi Facebook Developer Garage Kuala Lumpur, yang mana akan diadakan di Institut APIIT di Bukit Jalil. [credit: Ahmadfaizar Blog]


**********


Serius best gile kot? Workshop 3 hari yang sarat dengan ilmu pasal Facebook. Yelah, asyik jadi user je, baik jadi Developer lak kan? =D details korang leh pergi ke laman web dorang di http://klfb.urekaweekend.com/

4 comments:

Unknown said...

dah xminat dgn FB ni...makin bosan

phreak-id said...

Ko tengoklah nanti. Dr Rozmey gerenti pergi. Dia kan nak bangunkan DrBook. Hahahaha

Terbaru >Kenduri Aqiqah. Jumpa Bean Moreno, Che Armster, dan.....? > Monday Blues > Download Drama Bersiri TV3 - Gemilang (Episode 1 - 3)

SHAHRUL HAIRY DOT COM said...

Edy:

Tang mana yang bosan tu.. hahha~

SHAHRUL HAIRY DOT COM said...

Slay:

Bukan hang ke nak dtg sama Dr tu? hahahaha~