Friday, November 26, 2010

Stop Child Abuse by shahroll

Salam semua =D


Seringkali kita terdengar, terbaca dan terlihat akan gangguan-gangguan terhadap kanak-kanak di seluruh dunia. Gangguan atau penganiayaan adalah dari segi fizikal, seksual dan juga emosi kanak-kanak.




unicef


Ancaman bahaya kepada kanak-kanak terhadap isu ini adalah kerana persekitaran yang tidak selamat untuk di diami dan terdedah dengan pelbagai kegiatan yang tidak bermoral.

Jika kita tidak mengambil langkah yang sewajarnya, jangan esok generasi akan datang akan "menyalahkan" generasi masa kini yang "lalai" akan tanggungjawab mereka melindungi kanak-kanak yang mana situasi sekarang ini sudah pun menjadi satu isu yang kronik/ serius.

Terpampang di dada akhbar mengenai kes-kes melibatkan kanak-kanak yang kadang-kadang aku rasa tak sepatutnya berlaku. Macam diterajang, disepak, dipukul seperti haiwan, ditendang macam anjing tepi jalan, apa ni??

Nilai kemanusiaan dah tak ada. LANGSUNG! Itu belum pasal dump baby lagi. 

Kalau di "flashback" kan kembali permasalahan ini, masyarat kita, khususnya ibubapa tidak mempunyai masa yang berkualiti untuk anak-anak mereka yang mana mereka memerlukan bimbingan, perhatian dan sokongan di dalam usia kecil mereka.


Bersikap individualistik dan materialistik seperti tidak dapat dipisahkan pada hidup masa kini. Terlalu sukar kot? Tuntutan demi tuntutan yang dikejar hanya akan menjadi "tuntutan" yang mana anda akan dituntut dan dipersoal akan amanah yang besar.

Jadi, dengan kesedaran yang tinggi dapat "menyelamatkan" kanak-kanak ini untuk meneruskan perjuangan untuk hari esok, lebih tepat hari akan datang, sekian.

Salam!

2 comments:

Unknown said...

yeah support

SHAHRUL HAIRY DOT COM said...

saiazuan:

Hello bro.. thanks for your support.. =D