Salam semua,
Aku dilanda sakit yang agak teruk semalam, selepas balik dari Kedah. Aku tak tahu kenapa, sebab seingat aku lepas aku makan kat Padang Besar, kepala aku mula pusing, dan badan aku macam sejuk. Then, aku carik la surau untuk rehat, sampai lah kawan aku, Erry talipon sebab dah nak balik ke Klang.
Aku cuma makan mee hailam dengan 2 biji kelapa pandan kat satu kedai tu. Dulu aku makan gak kat situ, tapi ok je. Tak sakit pon. Betul-betul lepas aku makan kat situ, aku dah lain macam. Sudahnya, aku nak bershopping beli barang kat situ, tergendala... hermm..
Tapi aku sempat beli barang-barang macam pulut hitam, t-shirt dengan kacang-kacang sikit. Boleh lah, janji ada. Aku carik ATM, tak de pulak kat situ (aku lupa situ tak de ATM). Sebabnya, aku cuma ade RM50 je.. huhu~ ape sangat ngan RM50 kan? beli sikit dah habis.
Hari nie aku dapat MC kat klinik. Aku ingat Doktor Azman, yang selalu rawat aku. Sekali doktor perempuan daaa. Dalam hati, payah nie nak dapat MC, ye lah selalu doktor perempuan nie susah kan nak dapat MC. Tup tup dia tanya " Awak nak MC tak, tak kerja kan hari nie?" hahha.. cool lah Doktor nie! aku suka.. LOL~
Ok, time makan ubat, see ya guys! =D salam..
Tuesday, November 23, 2010
New
Lidah pahit+ Diarrhea + Dizzy by shahroll
SHAHRUL HAIRY DOT COM
SHAHRUL HAIRY BLOG merupakan blog yang telah berada di dunia internet sejak tahun 2006 dan sehingga sekarang penulis masih aktif menulis tentang digital marketing, business, lifestyle, travel dan food
Sendiri bebel
Tag
Sendiri bebel
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment