Tuesday, August 17, 2010

Persons entitled to receive zakat: Do you? by shahroll

Salam all! =)


Hari nie aku nak berceloteh pasal zakat. Zakat nie kita memberi sedikit dari harta kita kepada golongan yang betul-betul memerlukan. Dan korang selalu dengar tak penyataan, di dalam harta orang kaya, terdapat harta orang miskin didalamnya. Bertepatan dengan hadis dari JAKIM:-


Dari Abu Hurairah r.a. katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda: “Orang fakir miskin (yang sangat menderita) bukanlah orang yang (menadah tangan) meminta- minta ke sana ke mari kepada orang ramai, yang apabila ia mendapat sesuap atau dua suap makanan, atau mendapat sebiji atau dua biji buah kurma – ia akan pergi ke tempat lain meminta lagi. Sebenarnya orang fakir miskin (yang sangat-sangat menderita) itu ialah orang yang tidak mempunyai sesuatu yang mencukupi sara hidupnya. Dan ia pula malu hendak meminta bantuan kepada orang ramai, dan orang ramai pula tidak mengetahui keadaan penderitaannya untuk diberi bantuan.( orang inilah yang sebenarnya layak diberi zakat)”
Apakah huraian yang korang leh dapat dari hadis kat atas nie?


1. Golongan Fakir miskin adalah orang-orang yang hidupnya susah yang terdesak sehingga terdorong meminta sedekah ke sana ke mari.

2. Terdapat segelintir fakir miskin yang hidupnya sentiasa lapar dan menderita, dan mereka pula tidak rela mengadukan hal kepada orang lain. Keadaan mereka yang menyedihkan itu tidak diketahui umum. Golongan inilah sebenar-benarnya yang miskin, dan merekalah yang lebih layak menerima zakat.


3. Golongan yang berhak menerima zakat terbahagi kepada lapan asnaf, mereka ialah: orang fakir, orang miskin, amil, golongan muallaf, hamba abdi, orang yang menanggung hutang untuk dibelanjakan pada jalan Allah dan orang-orang musafir.


4. Mereka yang layak menerima zakat pula disyaratkan antaranya;beragama Islam, bukan orang yang ditanggung nafkahnya dan bukan dari keturunan Nabi Muhammad SAW.


                                                                             source: Hadis


Cerita semalam. Mungkin ada sedikit kaitan dengan hujah2 diatas. Semalam pergi ke bazaar ramadhan untuk membeli juadah untuk berbuka di kelas. Di suatu sudut, terlihat seorang lelaki yang duduk untuk meminta sedekah. Dari pemerhatian, lelaki itu cukup sifat, ada kaki dan tangan yang sempurna yang boleh dikatakan mampu untuk bekerja.


Adakah golongan itu layak menerima zakat? sebab menurut hadis, bukan dari orang yang meminta-minta (menadah tangan) kan?Sedekah jelah dia dapat dari orang ramai yang lalu-lalang.


Baiklah, di kesempatan bulan baik lagi dimuliakan oleh Allah S.W.T, sangat lah berkat dan bersihnya harta yang dimilik kita dapat di zakat kan kepada orang-orang yang sangat memerlukan. Hari ini hari mereka, mana tahu hari kita akan menjelang tiba nanti?


Disini adalah posting saya tentang Bloggers: Show your concern dimana salah seorang Mak ngah dari blogger kita iaitu Eriyqazz, memerlukan pertolongan untuk membantu Mak Ngah beliau yang telah menjadi balu setelah pemergian arwah suami yang tercinta.


Petikan dari posting beliau tentang sumbangan yang telah diberikan oleh Mak Ngah beliau:-


Air Mataku hampir menitik bila mak bercerita kisah arwah di hari dia meninggal. Dia pergi ke kerja dengan hanya membawa bekal RM2 ke tempat kerja . Makanan apa yang boleh dibeli dengan RM2 untuk mengalas perut seharian bekerja? Arwah juga sempat memberitahu majikannya hari itu " Hari Ini Hari Last Aku Bekerja ".
                                                                     source: Eyriqazz


Apakah sumbangan kita terhadap sesama Islam kita? Cuit peha kanan, terasa peha kiri kan? =') salam..

3 comments:

cik fiza said...

kadang bila difikir balik pun serba salah..

masih kuat tapi tak mahu bekerja.. suka meminta2..

ada yang susah tapi kerajaan nk bantu tak mahu pula mengubah nasib..

serba tak kena...

harap2 semua pun berusaha bersungguh-sungguh supaya tak terlibat dengan keadaan yg cmni.. amin~~

SHAHRUL HAIRY DOT COM said...

Cik FIza:

Terima kasih dengan komen bernas dari cik. Pertama kali kot saya dapat komen panjang.. =)

Memang betul kalau difikirkan, serba tak kena, untuk kes yang kat bazaar ramadhan tu la..

Pelik, mempunyai tubuh badan yang sehat tapi masih tidak mahu berdikari.. siapa salah?

cik fiza said...

ops! terlebih sudah hehehe~~
terpanjang ek..

bukan apa, isu zakat dan sedekah ni mmg kontroversi sket.. isunya mudah.. MALAS berusaha.. sy pernah ke Kuala Terengganu beberapa minggu sebelum Ramadhan dlu.. sangat surprise bila tgk seorang wanita tiada tgn dan kaki boleh berniaga..

Jadi apa isu yg xleh berusaha.. org yg xde tgn dan kaki bleh bekerja kenapa tak org yg sempurna kn?

tp satu je la.. kalao yg ada minta derma utk anak yatim tu kdg sy bg jek dgn niat sedekah.. kalau tak sampai ke anak yatim atau madrasah tu redha jek la..

alamak en shahrul pjg lagi komen sy hehehe~~