Wednesday, August 11, 2010

Bloggers, show your concern!! by shahroll

Salam all! =)


From this posting, "Berita Sedih Dari Kampung" from Eyriqazz blog, lets we show our concern to help their need,especially we as Muslims to lighten the burden borne by them.


I'm quote from Eyriqazz blog what happening actually:-


Semalam saya menerima perkhabaran sedih dari kampung. Semasa saya menelefon ibuku, suara tangisannya kedengaran dengan jelas. Al-Fatihah, adik ipar ibuku (pakcik ku) meninggal dunia petang semalam ketika di tempat kerja terkena serangan sakit jantung.

Cukup sedih hatiku dan terasa begitu bersalah kerana tidak dapat pulang ke kampung atas sebab yang tidak dapat dielakkan. Pagi ini, jenazah Ayah Ngahku akan dikebumikan di kampung (Terengganu). InsyaAllah, jika tiada aral melintang weekend ni aku akan pulang ke kampung.
Serba sedikit pasal keluarga Mak Ngahku (Adik ibuku yang suaminya meninggal dunia semalam). Husbandnya dulu bekerja sebagai tukang rumah dengan gaji lebih kurang RM300-400 dan tidak menentu bergantung kepada permintaan. Mak Ngahku bekerja sebagai "Pump Attendant'' dengan gaji lebih kurang RM400. Mak Ngahku mempunyai 6 orang anak yang kesemuanya masih bersekolah. Yang sulung, kembar kedua-duanya belajar di Politeknik Dungun. Sedih hatiku, setiap hujung minggu mereka akan pulang ke rumah dan bekerja di Kedai Makan yang tidak jauh dari rumah mereka untuk menampung pembelajaran mereka.

Rumah Mak Ngah didirikan berdekatan dengan rumah nenek di atas tapak tanah nenekku. Memang sedih bila melihat keadaan mereka yang serba kekurangan. Pernah sekali saya belanja pasar malam, begitu berselera melihat mereka makan . Ditambah pula sekarang kehilangan tempat bergantung dan sumber rezeki utama. Semakin hari semakin kurus Mak Ngahku dan berkali-kali dia terpaksa memajak barang kemas, dan meminjam untuk keperluan keluarga.

Saya ada menolong serba sedikit dan apa yang termampu. Besok mungkin bermulanya bulan Ramadhan, ketika orang lain sedang mengerjakan ibadat yang mulia ini, mereka terpaksa berpuasa tanpa kehadiran Insan tersayang. Pergi buat Selama-lamanya dan dengan raya sebulan lagi, tentu semakin pening/bercelaru kepala Mak Ngahku untuk mempersiapkan persiapan raya nanti.

Jadi, di kesempatan ini, saya dengan rasa rendah diri ingin memohon Sumbangan Ikhlas dari pembaca . Sekadar yang termampu, walaupun hanyalah RM1. Sikit-sikit serba sedikit membantu juga. Saya bercadang untuk mengumpulkan sumbangan ini dan akan diberikan kepada Keluarga Mak Ngah saya seminggu sebelum raya , dan semoga dengan sumbangan ini akan meringankan beban mereka dan raya dapat disambut dengan lebih gembira. Berat bahu yang memandang, berat lagi bahu yang memikul.

I believe in the concept, the more you give, the more you will get dan itulah yang saya perolehi kini. InsyaAllah, sayapun akan turut menyumbang sama. Hari ini hari dia, entah esok lusa hari kita pula?

Al-Fatihah buat Mak Ngah Sekeluarga. Sekiranya ada yang bermurah hati untuk menyumbang,just drop personal e-mail to me at iman1237@hotmail.com . InsyaAllah, bila sumbangan diberikan nanti kepada Mak Ngah , saya akan buat satu entry beserta gambar .

UPDATED :
Sumbangan bolehla dibuat di sini :
Maybank Acc : 158088020263  ( Nor Iman Nazuki, Akaun Saya)
CIMB Acc : 13020117598528 (Nor Azlin Nazuki, Akaun Adik Saya)
E-mailkan kepada iman1237@hotmail.com selepas transaksi dibuat agar senang kami mengira jumlah yang didermakan. InsyaAllah, sumbangan yang diberikan akan sampai kepada penerimanya .
Terima kasih kepada Sinar Harian (Suara Cakna Komuniti Anda) di atas keprihatinan mereka. Sayu dan sebak hati saya bila menerima e-mail dari mereka :
From: XXXX@sinarharian.com.my

Salam,
Harap dapat emelkan alamat penuh rumah emak saudara berkenaan dan lokasi landmarknya.
Wakil saya akan hantarkan keperluan pakaian hari raya kepada mereka.
Terima kasih.
Sudah saya e-mailkan balasan kepada mereka. Alhamdulillah, makin ramai yang menolong, sumbangan diterima dan semoga hari raya tahun ini Ahli keluarga Mak Ngah saya dapat beraya dan berpuasa dengan gembira .

** Sumbangan saya yang tak seberapa untuk menolong sesama saudara kita..

Semoga, makcik bro Eyriqazz tabah menghadapi dugaan dariNya. Insyaallah..

Bersama-sama kita membuat amal jariah untuk meningkatkan pahala untuk dibawa "kesana", Insyaallah.. =)

Salam!

No comments: