Thursday, August 12, 2010

Blog Orang Jawa : Javanese Community by shahroll

Salam all! =D


Posting nie bukan untuk rasis ye kawan-kawan, dan bukan untuk menentang konsep 1Malaysia yang dibawak oleh Perdana Menteri kita Datok Seri Najib, TIDAK! tidak sama sekali. Blog Javanese Community (JC) yang aku buat ini tidak lain dan tidak bukan hanya ingin menempatkan, orang-orang Jawa di Malaysia ini di dalam 1Blog yang boleh dan biasa bertutur di dalam Bahasa Jawa.


Jika mengikut aliran darah belah ayah, aku boleh dicop sebagai "derhaka" sebab ayah berdarah Banjar, mak aku Jawa. Aku lebih ke arah "Ke-Jawa-an" dan banyak dalam kehidupan aku seharian influence dengan budaya dan adat Jawa.


** Interface dalam Blog JCM

Tadi aku ada sebut "yang boleh dan biasa bertutur di dalam Bahasa Jawa" kan? Jangan risau, TIDAK semua posting TOTALLY in Bahasa Jawa. Bahasa Melayu juga digunakan untuk berinteraksi sesama bloggers yang lain. Cuma ingin ditegaskan disini, blog ini bukan untuk rasis!

Mungkin,satu hari nanti blog JCM boleh dijadikan sumber rujukan untuk para saintis atau pengkaji bahasa untuk mendapatkan maklumat lanjut. Tidaklah sehebat Wikipedia mahupun sumber ilmu yang lain, tapi tidak salah untuk kita mencuba? =)

Sesiapa yang berminat untuk menjadi admin untuk blog JCM nie, korang leh email kat shahrollphoto[at]gmail.com untuk aku inviate korang sebagai penulis tetap kat sana. Setakat nie ada 4 penulis bebas kat sana yang salah seorangnya adalah penulis yang hebat dan berbakat besar dalam penulisan (Maz).

Apa pandangan anda? salam =)

3 comments:

Che Armster said...

banjar? kulaan nah ikam!! hahahaha

SHAHRUL HAIRY DOT COM said...

Che Armster:

Hehe~ Banjar+Jawa Che Arm! huhu~ tak fasih sangat banjar nyer.. Jawa ok lah.. heheheh~

Anonymous said...

Good dispatch and this post helped me alot in my college assignement. Thanks you for your information.