Friday, July 16, 2010

Tips: Elak mengantuk dalam kelas! by shahroll

Salam all!


Selamat hari Jumaat. Penghulu segala hari. Aku ada beberapa tips untuk korang sebagai pelajar yang menjalani kehidupan pelajar seharian. Aku walaupun belajar separuh masa, tapi dengan jam kredit yang mencecah 13 jam itu, aku rase dah masa pelajar sepenuh masa pulak! =D


Jom apa yang aku nak kongsi ngan korang:-



Ramai orang mengantuk apabila berada dalam bilik kuliah. Saya yakin kebanyakan mereka tidak berniat pun untuk tidur, cuma..ntah la..kita memang senang terlelap dalam bilik kuliah.Proses ini dipercepatkan lagi sekiranya subjek yang di ajar susah difahami dan membosankan.

Berikut adalah sedikit tips untuk mengelakkan mengantuk:

1.BELI GULA2 GETAH dengan kuantiti yang mencukupi. bila lecture start jer,makan sekaligus 2 biji gula getah serentak. Apabila mulut aktif mengunyah, kita akan susah nak ngantuk

2. Bawak SEBOTOL air masak. otak kita ni 80% air. Kita rasa ngantuk sebab oksigen kurang ke otak, walaupun hidung kita tak berhenti henti bernafas. bila minum air,bandalir badan kembali seimbang. Ini akan mengurangkan rasa mengantuk. Berapa ramai yang sanggup buat tips no 2 ni sila angkat tangan? tengok orang cina, rajinbawak air.orang melayu ni susah sangat. bajet macho/cantik la. dah..dah..jangan malu. Beli botol air yang cantik,letak dalam beg. OK?



3. Bila ngantuk dalam kelas, selepas cuba menahannya tapi ternyata gagal, maka sila keluar dari bilik kuliah dengan serta merta!!bukan untuk balik umah atau tido, tapi untuk ke tandas dan basuh muka. InsyaAllah tak ngantuk dah lepas ni.

4. kalau ngantuk lagi setelah melakukan ketiga-tiga perkara di atas,suruh kawan sebelah urutkan bahu dan belakang. Tapi ingat,jangan sekali-kali urut leher atau belakang kepala kerana ini akan menyebabkan kawan anda tido lebih lena.

cukuplah 4 TIPS. simple, bawak chewing gum, ataupun bawak air, or basuh je muka bila ngantuk or kalau dah miskin dan papa kedana sangat, mintalah kawan urutkan. OK. Selamat mencuba. =D

2 comments:

Ken Wooi said...

eat sour sweets! =)

SHAHRUL HAIRY DOT COM said...

Ken:

haha! i do same thing! =D sour sweet make me "wake" up in class.. LOL~