Dunia sekarang penuh dengan pelbagai rentak hiburan. Tak kira dibentuk untuk menjadi seorang artis rakaman ke,pelakon ke mahupun penari. Seni itu luas dan luasnya seni itu telah menimbulkan idea pada seorang komposer terkenal iaitu Ajai, yang berpengalaman 20 tahun dalam bidang penciptaan lagu dan menerbitkan album.
Antara misi yang dipegang oleh Ajai selaku Dekan Akademik Keynote ini adalah...
"KEYNOTE mempunyai misi mencari bakat-bakat muda dalam bidang penciptaan lagu dan sekali gus berkaliber menjadi seorang penerbit. Bukan itu sahaja mereka juga akan dibimbing di bawah beberapa komposer dan penulis lirik yang sudah berpengalaman antaranya Aidit Alfian dan Ad Samad.
Yang best nya pasal program nie, setiap lagu yang dicipta akan dinyayikan oleh penyanyi terkenal. Ok lah tu, kalau lagu yang dorang cipta menang, boleh terus dimuat turun oleh penonton dan royalti diberi oleh komposer itu walaupun masih di dalam akademik.. wallaweyy~ byk syok! ( aku pon dah naik minat nie.. hahah)
Sesi pencarian bakat di jalankan di beberapa lokasi yang terpilih. Lihat di bawah aite.. =)
Sesi uji bakat KEYNOTE akan berlangsung di tiga buah lokasi iaitu pada 23 Mei di Wisma Bentley, Damansara, 27 Mei di Universiti Lim Kok Wing, Cyberjaya dan 5 Jun di Institusi Seni Sabah (SIA), Kota Kinabalu. Bagi keterangan lanjut, anda boleh layariwww.facebook.com/keynote.com.my.
Yang ada Astro tu plak leh layan di saluran 104 untuk menonton program nie yang di hostkan oleh Yasmin Hanie ( waaa.. aku minat dia ni!!) dengan Farish Aziz bermula pada 15 Jun jam 10 malam... =)
Ok, sesiapa yang ada bakat mencipta tuh, meh laa memeriahkan suasana.. boleh merancakkan lagi industri musik Malaysia yang semakin "hilang arah" nie... untuk mengembalikan zaman kegemilangan dulu2, perlu ada bakat2 muda yang perlu dicungkil untuk mempelbagaikan irama dan musik. huuu~ ala2 Pengetua AF lak.. ahaha..
sumber: Kosmo!
p/s: Apa beza program nie dengan program KOMPOSER pada suatu ketika dlu? =)
2 comments:
it's a way to search for talents =)
Ken:
yeahh.. same formula.. like Akademik Fantasia, Akademik Al-Quran.. and so on.. =O
Post a Comment