Hello guys..very good morning ya.. how your life today? semestinya lebih baik dari semalam.. yeahhh! actually nie entry lama yang belom2 di post disebabkan banyak mende lain yang perlu di UPdate dulu.. uhuhu potong que lah kirenya nie.. Ok, posting kali nie aku nak bagitaw kat korang semua macam mana aku leh terjebak dengan blogspot, bagaimana aku bermula dan seterusnya apa yang aku dapat dengan blog nie...
** BIG thanx pada BLOGSPOT yang host kan blog aku selama nie.. :D
Bagaimana aku boleh bermula dengan Blog?
- Pada posting yang dulu2, aku pernah bagitaw kat korang aku menggunakan pelbagai medium weblog/photoblog semua macam Xanga,Wordpress,Photoblog,Fotopages dan beberapa medium lain yang aku dah lupa. Sekarang yang aktif aku UPdate dalam blogspot dan juga Fotopages ( letak gamba besar2 and recent artwork).
- Bermula dengan kawan baik dalam bidang photography, Saupian Ahmad (ian) yang memulakan projek beliau dengan menggunakan Blogspot nie. Alamat blog beliau http://republikarya.blogspot.com/ Ya, beliau sekarang bekerja dengan NSTP sebagai photographer news.. seperti dahulu juga, tetap ian yang sama.. hahah~ promot ko nie ian!.. :D
- Maka bermula dengan itu, aku pon try buat 1 blog menggunakan blogspot nie. Masa tu aku dah pakai Wordpress (2007) and Blogspot pulak tahun 2008 bulan 4 ( April)..lewat sedikit lah.. korang nak tgk posting pertama aku? hahah.. lawak aahh tgk yg lama2 nyer posting... :P http://shahrulhairy.blogspot.com/2008/07/lelah-anak-kecil.html
Mana aku dapat inspirasi menulis?
-Ok, untuk bab nie aku memang influence dengan blog Faisal Tehrani yang mana korang tahu beliau seorang penulis karya Melayu moden. banyak karya2 beliau digunapakai untuk tujuan pendidikan.Tapi ayat2 aku dalam blog nie tak lah seratos peratos Melayu, aku ade campo2 gak, korang tgk je lah ejaan lam blog aku nie.. carca merba!.. heuhu p aku selesa dengan penulisan begini kot.. :D
-Isu semasa, maknanya aku baca surat khabar lah.. aku tgk2 dan baca2 maka korang leh buat re-post pasal isu dalam surat khabar tuh.. banyak blogger menggunaka teknik nie.. lagi2 kalaw isu2 yang hangat lagi hanggiitt.. maka byk lah posting2 yang akan dibuat oleh semua blogger..
Apa yang AKU DAPAT dengan berblogging?
- Aku dapat ramai kawan dalam dunia blogging nie.. selain dari kawan2 Facebook dan twitter, dunia blog di Malaysia jugak meriah dengan kemunculan web "ping" untuk para blogger letakkan ping terbaru or post terbaru kat situ dan menjana traffic yg tinggi. Web ape tu? yeahh web GENGBLOGGER
-Jika dulu orang berblogging dengan nawaitu yang satu, iaitu berkongsi2 maklumat dengan bloggers yang lain, dapat kawan alam maya dan berada di kelompok blogger2 di seluruh dunia. Akan tetapi, fenomena yang baru2 berlaku sekarang, nawaitu tu dah tak berapa nak betul sebabnya niat untuk berblogging adalah semata2 untuk RM ( bukan RedMummy ok..) tapi RINGGIT MALAYSIA... secara positifnya, para blogger sekarang akan lebih berdaya saing dan maju ke hadapan dengan adanya sedikit imbuhan.. yelah sape tak seronok dapat duit... hahaha..
- Tapi jika dilihat dari sudut negatifnya, kemunculan FAKE2 blogger amatlah BANYAK sekarang nie.. semacam dah x de genuin dah taraf blogger nie.. dengan adanya kelompok2 sebegini, akan merendahkan tahap keprofesionalisme ( perghh ayattt.. tak henngatt) yang cuma hanya KOPIPES dari mana2 sumber dan letak pada blog "itu" dan seterusnya menjana duit.. heyyyllo! adakah anda seorang yang ber-etika?? pergi amik insurans EtiQa kalaw xde lgi... hahahah~
ok, jumpa lengkali.. byk dah aku membebel nie.. :D take care.. salam!
2 comments:
keep up the good work. and keep the buffered earning coming jugak
MatJoe: Thanx bro! sorry masa kat Gatsby tu mcm blurr2 jerk.. igt sape rupanya bro!.. lengkali kita borak lama sket ya.. :D
Post a Comment