Thursday, October 22, 2009

#4 Tips Shoot Potraiture by shahroll

salam to all readers... ...

1) Kebanyakkan kan kita ( photographer) buat shoot berkaitan dengan Wedding and Potrait. Mungkin trend kot?? hehe, tak pa lah janji setiap gambar yang di shoot mempunyai nilai "Art" dan keunikan nya yang tersendiri.

2) Untuk pertama kalinya SH membuat posting berkaitan dengan tips2 untuk shoot. Mungkin next time akan buat lagi ala-ala tutorial gak la. Tapi disampaikan di dalam blog nie bahasa yang mudah dan tepat untuk pembaca2 sekalian, terutamanya di kalangan shooter2 la ye! :)

3) OK, tips ini berkaitan dengan PORTRTAITURE. Apa dia portraiture tu? Pemahaman SH adalah, merakam kan seseorang samada secara Individu, berpasangan (couple) dan juga group ( family or etc). Untuk perkara2 seperti Pre-Wedding, Anniversary or Family gathering.

4) SH akan memberikan 5 tips yang boleh anda semua praktikkan.

a) Pilih kawasan/tempat dengan betul
- Anda memerlukan membuat sedikit "research" tentang kawasan mana yang sepatutnya anda pilih untuk melakukan shoot nanti. Contoh anda mendapat job couple shoot, anda seharusnya memikirkan tempat2 yang sesuai untuk couple shoot itu nanti. Elakkan dari memilih tempat yang terlalu rmai orang ye, takut2 nanti client korang tak selesa pulak.

b) Bagi client anda "relex"
- Sesiapa pon tak mau nmpk gambar yang dirakam nanti kelihatan "pelik" dan tak best.. kerana apa?? kerana anda tidak memberikan cukup ruang kepada client anda untuk bertenang untuk sesi shoot yang akan berlangsung nanti. Seharusnya anda memberikan ruang untuk mereka mengambil "feel" untuk dirakam dalam CF anda!

c) Biar kreatif!
- Jika anda seorang yang dipanggil photographer, maka dengan ini anda memang seorang yang kreatif! YA, kreatif! Anda boleh menzahirkan kreatif melalui teknik composition, angle, dan melakukan pose2 yang berlainan dari pose2 yang sebelum ini orang dah buat... Maka tugas anda untuk mencampur2 kan elemen2 tadi pada ketajaman mata anda. Usaha!

d) Mengarah
- Sangat penting untuk anda mengarahkan kepada client anda apa yang patut mereka buat atau tidak. Selalunya mereka akan "lost" dan akan tercari2 kita sebagai photographer mereka untuk mengarahkan saja apa2 berkaitan dengan expresi muka mereka,pakaian, feel, or what else yang sepatutnya kita tahu untuk apa dan mengapa kita arahkan. Sebab tu mereka hired anda! :)

e) Posing & Candid
- Campuran classic (posing) dan juga modern ( candid) merupakan gabungan yang bagus untuk menghasilkan foto2 yang menarik. Posing anda boleh mengarahkan client anda tadi untuk memegang tangan ke, bahu ke, kepala ke tapi untuk dapatkan candid2 or moment2 yang penting adalah semasa take a break untuk dapatkan more nature foto antara mereka. . :)


.................tu je lah 5 tips yang dapat SH kongsi bersama dengan korang ya, korang de tips2 leh la kongsi kat sini gak agar foto2 yang terhasil leh tebabowww meletop and panas cam pisang gorengg.. huhu.. wassalam... :)



Regard
Shahrul Hairy Shaharuddin
Shahroll PhotoGraphy Founder ( SA 0105226-X)
http://akudankamu.fotopages.com/
shahrollphoto@gmail.com
YM:shahroll_ery@yahoo.com.my
012-3437359

3 comments:

JMR said...

aku dah lama x lyn camera aku bro..bc tips ni, mkin gersang lak rasa..hahah

SHAHRUL HAIRY DOT COM said...

JMR:

Haha, gersang seni ke gersang nak kahwin? opsss~ =p

Anonymous said...

very good!