Tuesday, August 11, 2009

Ber-RESEPI- la pulak!! by shahroll

salam to all bloggy...

Wooot! baru lepas shelving.. cam bese byk gak hari nie nyer buku... xpe, dah kije aku kan.. huehue.. so masuk lam office bukak2 engok resepi.. huhu... bukan resipi kueh ghaye, but resepi masakan... dah lama aku tak masak.. dlu aku rajin gek masak2 ( ikut tekak sendri la kawann..) yang aku taw masak mee goreng basah,nasik goweng kampung,sup cambell ( syok nie!!), mee bandung and sikit2 masakan western... huhu

belek nyer belek lam tenet nie, terjumpe satu link yang doang kumpul kan rsepi lam tu.. pergfghhh!!! memng bikin air liur aku tersembur.. wakakak x senonoH!!!.. ok nie die link nyer: MyRESEPI

So, aku nak share satu resepi and credit to yang membuat mende nie iaitu minami133@myresepi.com yang telah menyediakan resepi nie.. thanx ya!! :) .. dari couple last week, aku hadap makanan nie je waktu breakfast... chek it out!!!...




NAsi Dagang Terengganu!!



Bahan-bahan ( 5-6 orang )

  • **NASI**
  • # 4 cawan beras biasa + 1 cawan beras pulut
  • # 1/2 tin santan
  • # garam dan gula
  • # 1 sudu besar halba
  • # bawang dan halia (hiris halus2)
  • # air
  • **GULAI IKAN TONGKOL**
  • $ 1 tin santan
  • $ 1 biji bawang besar $ 3 ulas bawang putih $ 2 cm halia $ 4 cm lengkuas } di'blend'
  • 15-20 tangkai cili kering
  • $ 2-3 sudu besar rempah gulai cap bunga ros
  • $ 6 keping asam keping
  • $ garam dan secubit ajinomoto
  • $ gula
  • $ 5-6 biji cili padi
  • $ 1 ekor ikan tongkol
  • $ 1 cm belacan
  • **ACAR**
  • & 2 batang timun
  • & 1 batang lobak merah
  • & 1/2 biji bawang besar
  • & 1 biji lada besar
  • & cuka, garam, gula

Cara-cara

NASI: Beras dibasuh dan direndam 1 malam. Panaskan air. Tunggu sehingga air mendidih. Masukkan beras dalam pengukus dan kukus sehingga wap naik. Biarkan seketika selama 5-10 minit. Angkat dan pindahkan ke dalam bekas yang besar. Masukkan air atau santan cair sehingga beras tersebut kembang dan garam secukup nya. Kukus buat kali kedua. Masukkan nasi ke dalam pengukus dan kukus sehingga naik wap. Biarkan seketika. Setelah itu, angkat dan pindahkan ke dlm bekas. masukkan gula dan santan yg dibancuh dengan sedikit air. Akhir sekali masukkan halba, bawang dan halia.



GULAI IKAN TONGKOL: Kukus ikan bersama asam keping dan sedikit air sehingga masak dgn api yg perlahan. Masukkan santan ke dalam periuk yang berasingan. Santan tersebut hendaklah dibancuh terlebih dahulu dgn 1 liter air. Masak santan tersebut dgn api yg perlahan selama 30-40 minit. Kacau sekali- sekala supaya santan tidak berketul. kemudian masukkan bhn2 yg di blend ke dalam santan. cili kering di blend dan di tumis dgn minyak di dalam kuali. Bila dah agak garing, masukkan rempah.tumis sehingga naik minyak, masukkan belacan(kalo tak tumis rempah pon tak apa2.ikut citarasa masing2.). Bhn tumis dimasukkan ke dalam santan. Masukkan gula, garam, ajinomoto dan asam keping. Tunggu sehingga mendidih dan naik minyak barulah masuk ikan tongkol yg direbus. Air rebusan ikan tongkol turut dimasukkan. Masukkan cili padi.



ACAR
: Timun dan lobak dihiris panjang2. Bawang dan lada dimayang. Campur ke semua bhn2 tersebut ke dalam bekas. Masukkan cuka, garam dan gula. Simpan di dalam peti untuk seketika.



Regard
Shahrul Hairy Shaharuddin
Shahroll PhotoGraphy Founder ( SA 0105226-X)
http://akudankamu.fotopages.com/
shahrollphoto@gmail.com
YM:shahroll_ery@yahoo.com.my
012-3437359

3 comments:

intanurulfateha said...

.bang!
.mee goreng basah satu!
.dengan teh o ais
.anta meja 17 ek ;p

SHAHRUL HAIRY DOT COM said...

Intan: oiitt.. hehe x kan satu jek kot.. order la 2 pinggan.. Cik abg tu x nak belanje keww.. hahahhaah...
:P

intanurulfateha said...

.cheh!
.die da gumuk
.x leh mkn byk2
.on diet! ;p