salam to all...
Aku baru balik dari klas arini.Class PD ( Personality Development) dengan Lect Puan Raffidah.Class nie best,lect die pon best... so energetic ( bukan bodek aa.. xde bodek bodek.. :P )
so far tuk introduction nie kan even dah masuk chapter 1, class nie mmg menyeronokkan.. thanx god..
Ok, aku bukan nak citer pasal class aku td, cuma tadi aku belek2 paper yang adik aku beli then terjumpa site Ad-Din di METRO mengenai Fotograpi & Islam. Wahh.. aku terpaku dengan isi2 yang di nyatakan dalam paper tu... memang bagus.. aku copy and paste di dalam blog aku nie k!!.. to METRO team, i want permission to copy and paste it.. ( x semua aku copy.. hanya bab berkenaan saja)
" Mengenai gambar dengan alat fotografi, iaitu kamera, beliau mengatakan secara menyeluruh termasuk dalam nas yang mengharamkan, melainkan gambar yang wajib dan memang ketara kebaikannya.
Ini seperti gambar untuk kad pengenalan, pasport, gambar orang jahat dan orang yang dituduh disebabkan semua ini termasuk dalam kaedah umum yang mengatakan darurat itu mengharuskan yang dilarang.
Bagi Pensyarah Kanan di Institut Islam Toronto, Ontario, Kanada, Sheikh Ahmad Kutty, fotografi sebagai medium komunikasi tidak jatuh dalam kategori gambar yang di larang.
Menurutnya, Nabi s.a.w memang mengutuk orang yang membuat gambar dan ukiran yang melambangkan patung kerana ia membawa kepada syirik, selaras dengan kaedah usul fiqah (prinsip perundangan Islam) sesuatu yang membawa kepada haram ia adalah haram.
Tetapi, katanya, fungsi fotografi hari ini tidak jatuh kepada kategori terbabit, malah sesetengah ulama yang dahulunya mengecam keras fotografi kemudian menukar posisi terhadap hukum berkenaan.
“Malah, mereka juga membenarkan gambar mereka diambil untuk disiarkan dalam akhbar, syarahan melalui rakaman video dan pembentangan.
“Sebelum ini mereka hanya membenarkan dalam kes pengecualian seperti urusan pasport, lesen memandu dan sebagainya.
“Perubahan pandangan mereka terhadap fotografi adalah berasaskan penilaian mereka ke atas peranan fotografi,” katanya.
Bagaimanapun, katanya, seseorang tidak boleh membuat kenyataan yang semua fotografi adalah halal (dibenarkan).
“Ia bergantung kepada penggunaan dan fungsinya. Jika ia untuk tujuan pendidikan serta tidak dicemari dengan tujuan sanjungan dan penyembahan, ia tidak dilarang,” katanya.
Sementara itu, menurut Dr Yusuf al-Qardhawi, melalui bukunya Halal dan Haram Dalam Islam, menghasilkan gambar dengan alat fotografi (kamera), yang paling dekat dengan jiwa syariat Islam dalam permasalahan ini ialah dibolehkan dan jika tidak pun hukumnya jatuh makruh.
“Itupun kalau gambar yang diambil tidak termasuk gambar yang diharamkan oleh Islam seperti gambar yang menampakkan tempat sulit kaum wanita atau lelaki yang boleh menimbulkan fitnah atau menggambarkan lelaki sedang bercium-ciuman dengan wanita atau seumpamanya,” katanya.... "
sumber link :http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Friday/AdDin/20090710091827/Article/indexv_html
so, kepada penggemar2 photo ( photographer n pelukis2) supaya kite sentiase dilandasan yang betul untuk merakamkan gamba yang sepatutnya HALAL tetapi jadi HARAM lak kerana kite tidak mengikut garis panduan yang tetap ditetapkan oleh syarak... wallahualam.. sesama kita saling mengingati agar kita tidak lostttt... :) renung2 kan dan selamat beramal semua penchinnnnta photo!!!.....
Regard
Shahrul Hairy Shaharuddin
Shahroll PhotoGraphy Founder ( SA 0105226-X)
http://akudankamu.fotopages.com
shahrollphoto@gmail.com
YM:shahroll_ery@yahoo.com.my
012-3437359
Friday, July 10, 2009
New
Fotograpi & Islam by shahroll
SHAHRUL HAIRY DOT COM
SHAHRUL HAIRY BLOG merupakan blog yang telah berada di dunia internet sejak tahun 2006 dan sehingga sekarang penulis masih aktif menulis tentang digital marketing, business, lifestyle, travel dan food
Sendiri bebel
Tag
Sendiri bebel
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
.hee bagus la kamu neh
.byk entry islamic
.byk ilmu yg leh share
.huhu tenkiu2 :)
.hee bestnye study
.rindu zmn cmpus
.ntah bile dpt cont study smule :(
betul..ape kes tgkap gmbar lucah kan..simpan la utk laki..eh..tak.. bek takyah tgkap. haha
Intan: Thanx intan.. just share ape yang ada n saya tahu.. n tuk kebaikkan kita jua k! :)
Sambung la belaja kat UiTM..best oo belaja balik.. saya pon baru je sambung.. uhuhhu p penat sket la pas kije g klas.. :P
Seri: yup!! gamba lucah tu saya nak komen sket, sebab industry porno dimonopoli oleh US & Jepun.. so mereka nie mengambil gamba2 begitu untuk tujuan komersil & industry... tu yg x betul.. p ade juga cabang yang hampir2 sama dengan industry ni.. :)
Post a Comment