Monday, January 11, 2010

Blogger, We care! by shahroll




Salam to all readers,




Jika terdapat sanak saudara kita yang berada di dalam kesusahan, ditimpa musibah yang bukan sepatutnya diterimanya yakni terkena buatan orang, seperti santau,ilmu hitam dan lain-lain, adakah sanggup kita hanya melihat tanpa memberikan apa-apa sumbangan?? semestinya kita akan menolong tetapi jika itu SAUDARA kita, namum rasullah s.a.w telah mengatakan, sesama ISLAM itu adalah bersaudara, jelas?



Baiklah, entry kali ini menjurus kepada keprihatinan kawan-kawan, teman-teman blogger di dalam alam maya dengan menolong kawan kita yang ditimpa musibah dalam hidup beliau. Beliau yang dimaksudkan adalah saudara MEGAT yang sedang mengahadapi ujian berat dari Allah s.w.t




Melihat dari posting http://megat.net/tangisan-aku-isteri-dan-anak-anak.html airmata seorang lelaki menitis ketika posting ini dibaca. Lantas, dengan membuka blog saya dan menulis ruangan ini khas untuk saudara Megat. Semoga allah akan sentiasa bersama orang yang dizalimi dan dianinaya oleh orang2 yang busuk hatinya, jumud otaknya, dan miskin akhlaknya.



Di dalam blog Hydir pula,anda sekalian boleh melihat berapa ramai yang telah membantu dalam usaha ini. Jangan kita ghairah dalam melaungkan 1 Malaysia 1 Negara saja, tetapi skop itu lebih luas dengan mengatakan, 1 kalimah 1 Syahadah 1 saudara .. islam!



Saya menyeru kepada semua komuniti blogger yang ada di dalam ruang maya Shahroll PhotoGraphy ini, agar membantu saudara kita, En.Megat untuk meringankan beban beliau di saat ini...

wassallam...

2 comments:

V.I.C @ D.I.A.N.A said...

1st time dengar motto "1 kalimah 1 Syahadah 1 saudara .. islam! "

Agaknya vic ketinggalan keretapi tapi motto tu sangat menarik, menusuk hati dan lebih senang dijiwai berbanding "1 Malaysia."

SHAHRUL HAIRY DOT COM said...

VIC: motto tu luahan rasa saya sebagai saudara sesama islam, saling membantu sesama yang lain dikala kesusahan... bukan sahaja menaip, tindakan susulan juga perlu!.. :)