Showing posts with label xclusive fitnesz. Show all posts
Showing posts with label xclusive fitnesz. Show all posts

Wednesday, January 05, 2011

Xclusive Fitnesz : TRAIN INSANE OR STAY THE SAME!

Wednesday, January 05, 2011
As salam to all,


Posting nie tak de mukadimah. Aku terus ke point yang aku nak sampaikan dalam entry terbaru nie. Aku cuma nak tanya, korang pernah masuk gym? pufff.. soalan "pandai" dari aku, hah! jawab! =D


Actually, aku melawat satu fitness nie yang diberi nama XCLUSIVE FITNESZ yang mana kedudukan gym adalah di seksyen 13, Shah Alam. Lebih mudah jika aku sebut, dekat Stadium Shah Alam, senang nak cari? sudah tentu!


Ok,first time datang sana, aku rasa bukan macam gym. Macam cafe. tempat orang lepak-lepak, santai-santai lepas buat work-out kan. Then, bila aku borak-borak dengan pengurusan gym tu, memang dorang deco gym tu sebegitu rupa. Kelainan dan unik!



Di sini bukan saja korang leh layan gym, tapi ada beberapa part/program yang korang leh turut serta setelah menjadi ahli. Contohnya, korang boleh joint Dance Class, Project Bootcamp, Boxing dan yang akan datang Muay Thai. Cool kan?

Aku di entertain oleh orang kuat dalam fitness nie iaitu Murad Zaidi (Managing Director,Fighter,coach) Farah (admin) Hanani dan juga Abel (instructor). Seronok dapat berkenalan dengan mereka, dan mereka semuanya PRO, mean semasa aku bersesi soal jawab dengan dorang, mereka menunjukkan kredibiliti yang cukup tinggi.

Apa yang best nya kalau korang jadi AHLI dalam fitness nie? check out below yoww!

1) FREE WIFI
2) FREE UNLIMITED SECURED PARKING
3) FREE LOCKER
4) FREE DAILY TRAINING PROGRAM

Semua yang kat atas nie, korang akan dapat jika korang berdaftar dengan korang lah. Right now dorang ada buat promotion untuk jadi ahli, so boleh lah call di talian 03-55139619.

Untuk fitness ini, dorang open seawal jam 7 pagi sehingga 11 malam. So, siapa yang bekerja pada waktu pejabat, lepas jam 5 petang boleh lah bertandang kat fitness nie untuk buat work-out ke, dance ke. OH! masa aku shoot hari tu, ada kelas dance, korang taw sape pengajar nya? BAYU! (sila click nama itu kalau nak taw siapa!)

Untuk lain-lain gambar yang aku dah shoot, korang leh layan di SH iMAGE | Shahroll Photography nye blog! Apa-apa pertanyaan, sila lah call number yang kat atas tu k! =D See next guys! As salam..