Showing posts with label social week. Show all posts
Showing posts with label social week. Show all posts

Thursday, April 05, 2012

Blog Usahawan Perniagaan terbaik- Shahabudeen Jalil by shahroll

Thursday, April 05, 2012

As salam, hello readers...

90 ribu pengunjung blog dalam sebulan! WOW! aku terasa sedikit teruja dengan angka yang dilaporkan di dada akhbar. Kunjungan dari Malaysia, Indonesia, Brunei dan juga Singapura itu meletakkan blogger usahawan perniagaan, Shahabudeen Jalil di kelas yang tersendiri.

Siapa Shahabudden Jalil?

Aku baru saja mengenali beliau dalam blognya sahaja. Bukan bertemu empat mata dengan beliau. Blog yang secara keseluruhannya berbahasa Melayu menerapkan elemen perniagaan untuk teras utama.

Berbekalkan tagline "Daripada usahawan kepada usahawan" selayaknya mengalahkan 20 blog yang lain dalam kategori yang salam di dalam Social Week baru-baru ini.