As salam, hello readers...
Malam tadi bertempat di Cineplex, e-curve aku dan kawan aku lagi sorang menonton filem Sherlock Holmes 2. Walaupun pada awalnya bercadang nak tengok filem Mission Impossible 4 (aku dah tengok minggu lepas) so tukar plan lah.
BEST film!
Setiap kali aku menonton wayang, memang aku suka beli couple seat then placing tengah-tengah. Favorite row aku "A" then no. seat 12-13 (cet! hafal la pulak!) Memang rasa center betol lah. Nak pulak layan cerita best.
Aku tak tengok Holmes 1. Tak sangka cerita ni best. Seronoknya filem ni sebab pelakonnya Robert Downey boleh buat orang gelak dengan muka dia yang serius tu. Then, dengan ada ala-ala scene Mission Impossible+Detektif Conan. Adunan yang cukup lazat!
on set Sherlock Holmes 2.
Seperkara lagi aku suka pada set di lokasi penggambaran. Bila korang tengok cerita ni nanti, korang akan dipaparkan bangunan-bangunan lama macam Zaman Revolusi Perindustrian Eropah. Latar belakang filem ini sekitar tahun 1800++ lebih kurang macam tu. Tapi semua tu aku aku rasa teknik CGI. hehe..
studio hijau paling besar pernah aku tengok.. huhu
Berbaloi aku spend RM11 ringgit untuk filem ni. PUAS HATI! Aku respect lah dengan penulis skrip filem ni, nak tahu kenapa? Sila tonton di pawagan dekat-dekat rumah korang! HAHA..
Enjoy!