Showing posts with label raya 2011. Show all posts
Showing posts with label raya 2011. Show all posts

Friday, September 09, 2011

Edisi raya 2011: #1 Masjid mana selalu aku pergi solat sunat raya? by shahroll

Friday, September 09, 2011


As salam, hello readers,


Baru nak update pasal raya. Nasib baik dalam mood. Baru habis transfer gambar yang ada dalam talipon Nokia C3 aku. Dah sarat sangat aku tengok henpon ni dengan gambar2 yang aku snap hari-hari. YA! hari-hari ada je gambar yang aku ambil dah ada 2 ribu lebih gambar sejak aku beli tahun lepas.


Setiap lelaki yang baligh, kenalah pergi solat sunat raya sebelum nak beraya di rumah bakal mak mertua, tol tak? JEJE! Aku tiap tahun tak de lain, beraya rumah nenek belah mak aku. Nenek belah father aku dekat je actually. So no fighting-fighting lah pasal nak balik yang mana dulu. 


Masjid At-taqwa: Kuala Selangor

Bapak aku (merah) dengan saudara aku (kelabu) masa ni tak ramai lagi orang kampung yang datang. Kami datang awal! =D

jam 8.01 pagi: Orang sikit lagi...

jam 8.21 pagi: tadaaa.. dah ramai! (beza 20 minit saja)

Ok, dah habis solat sunat Hari Raya! SELAMAT HARI RAYA!!! heheh~

Untuk mereka (wanita/gadis/perempuan) yang nak tahu solat sunat,niat dan sebagainya boleh rujuk SINI. Mana tahu ada yang suka nak ambil tahu pasal solat sunat ni kan, aku bagi lah link tu. Mudah-mudahan bermanfaat! =)

Lagi? tetap saja di shahrulhairy.com dengan pelbagai cerita yang lainnya di edisi #2...

enjoy!


Friday, September 02, 2011

Entry 1000: Salam Merdeka Raya! by shahroll

Friday, September 02, 2011

Salam sejahtera semua,

[batuk sikit] Ehermm... aaaa... *macam melepaskan lelah yg sangat berat* Bismillah, syukur dapat online kembali. Masih bernafas secara percuma. 3 hari di kampung beraya, boleh dikatakan seronok juga berbanding tahun lepas. Ramai saudara-mara balik pada raya 2. Kumpul ramai-ramai.

Walaupun tak update di blog, sempat juga update di dalam Facebook. Ok lah tu, dapat juga melepaskan "rindu" nak ber-online. Kampung sekarang pun punyai Y5 free dan Maxis WAP (mahal dol!!)

Sambut merdeka raya ke-2 aritu? Aku ada gak la sambut awal, klik SINI. Pertindihan sambutan dan perayaan buat aku tak tahu mana satu nak sambut. HAHA. Apa pun, Happy Birthday Malaysia ke-54! 

Story raya nanti aku update by part. Now still dalam proses menggebukan muka dengan editing yang belum siap lagi =p Aku letak poskad raya dulu eh?

Enjoy!