Showing posts with label provider. Show all posts
Showing posts with label provider. Show all posts

Wednesday, October 23, 2013

Pengalaman membeli domain blog dengan MYDUNIAHOSTING by shahroll

Wednesday, October 23, 2013



As salam, hello readers...

Blog pada zaman sekarang lebih menonjol dan meluas kegunaan serta penggunaannya untuk mereka yang suka berblogging dan tak lupa juga mereka yang suka berniaga online. Dengan kepesatan macam ni, bagi aku memang layaklah company di Malaysia membangun dengan pesat juga memberikan perkhidmatan mereka kepada rakyat Malaysia.

Aku nak bercerita tentang pengalaman membelikan domain blog untuk kawan aku, Jidin.

Jidin dah ada blog lama dah, lebih kurang 5 tahun lepas. Tapi bukan blogger tegar. Ada masa ON, ada masa OFF. Blog yang digunakan adalah medium blogspot. Dah lama juga Jidin minta aku untuk membelikan domain untuk blognya. Maksud aku, membeli domain untuk mendapatkan dot com itu.

Lalu, aku berkenalan dengan Faizal Latif dalam rakan Facebook. Kebetulan, dia sales person yang provide hosting dan pembelian domain. Mesra sungguh abey (abang) kita ni. Layak juga lah jadi sales person untuk company MY DUNIA HOSTING

Bila duit dah masuk dalam akaun aku dengan sekian RM, aku terus membuka laman sesawang MY DUNIA HOSTING check available tidak domain yang dipinta. Alhamdulillah, domain itu ada walaupun pada asalnya untuk mendapatkan nama "jidin" tetapi orang lain dah membelinya diganti dengan nama "jidingiding" (nampak tak Trengganu disitu? HEHE!)