Showing posts with label malaysia belia. Show all posts
Showing posts with label malaysia belia. Show all posts

Thursday, July 07, 2011

Apa? Parlimen BELIA? by shahroll

Thursday, July 07, 2011


Baru sempat baca paper Kosmo online.

Berita yang mendapat "mencuri" pandangan aku adalah tentang pelaksanaan Parlimen Belia pada 2013. Amende dowh?

Baca!

KUALA LUMPUR - Parlimen Belia Malaysia (PBM) dijangka dilaksanakan menjelang tahun 2013 dengan melibatkan seramai 222 perwakilan belia dari setiap Parlimen di seluruh negara.
Bagaimanapun, pelan tindakan penubuhan PBM akan melalui beberapa peringkat sebelum ia dapat direalisasikan untuk menjana pembangunan generasi muda masa hadapan.
Pengarah Cawangan Sosioekonomi Kementerian Belia dan Sukan, Mohd. Nor Md. Said berkata, antara peringkat yang kritikal adalah seperti pemilihan perwakilan yang bersesuaian untuk mewakili komuniti termasuk persidangan percubaan selama setahun bagi menilai keberkesanan penubuhan modul yang dirancang. [read more: HERE]
Bagus lah kalau pihak kerajaan buat cam ni. Mendengar suara BELIA dari pelbagai pihak. Dengan adanya "parlimen" sebegini, kalau Belia Malaysia tak improve jugak, tak taw la den nak cakap apo ehh...
enjoy!
PBM dalam dunia maya!

Friday, May 27, 2011

Hari Belia Negara 2011: One Million Youth Gathering Putrajaya May 2011; Apa faedahnya kepada Belia dan Negara? by shahroll

Friday, May 27, 2011


Hey peeps!


Jumaat yang nyaman hari ni. Sejuk. Sebab pagi tadi hujan bukan main lebat. Syukur lah ada kereta, tak kena hujan datang ke tempat kerja. Semalam motor pancit, tengok pagi tadi dah bocor balik. pelik?


Dalam news feed aku di Facebook, sedang hangat tentang Hari Belia Negara 2011 ni. Dulu ada juga aku nak turut serta, tapi "masalah" dengan "kumpulan" itu membuatkan aku "muak" pulak nak join untuk tahun ni.


Aku membaca acara-acara yang dibuat oleh pihak berkenaan, best jugak aku tengok. Pelbagai aktiviti yang disediakan oleh pihak berwajib untuk memberi peluang dan ruang untuk para Belia Negara menonjolkan diri di setiap acara.
picture credit: HERE

Korang rasa masih BELIA? Kalau ya, boleh la berkunjung ke Putrajaya Precint 2 untuk bertemu dengan belia-belia lain di seluruh negara. Dari luar negara pon ade. Muhibah betul, bertepatan dengan konsep 1Malaysia.

picture credit: Google

untuk melihat acara yang disediakan untuk kita nanti disana, check out yow!