Showing posts with label maellambong. Show all posts
Showing posts with label maellambong. Show all posts

Thursday, July 12, 2012

[study] The impact of social media for your business by shahroll

Thursday, July 12, 2012


As salam, hello readers...


Sabtu lepas aku ada membuat "kejutan" untuk para pembaca blog aku dan juga facebook pages serta Twitter. Kejutan apa? Menonton bersama-sama dengan aku menonton filem MAEL LAMBONG di TGV Cinema di Bukit Tinggi Klang. Sebanyak 14 tiket diberikan secara percuma untuk pembaca setia blog neh! Ewwah! =D


taddaaaa...~

Kali ni aku buat cara lain. Bukan contest dalam blog lagi. Aku fikir cara tu dah selalu sangat digunakan. Sesekali cuba kaedah yang baru best la sikit kan? Jadinya aku try push (promote) dalam masa 4 jam sahaja dalam media sosial seperti yang aku tulis diatas tu tadi.

Tayangan filem aku pilih pada belah petang. Dalam 3.20 petang cam tu. Aku start promote jam 10.30 pagi sampai 2.30 petang (lebih kurang) dan hasilnya, aku berjaya menarik beberapa rakan dalam alam maya untuk bersama aku melihat filem Mael Lambong.

Antara yang berjaya menghadirkan diri di TGV Bukit Tinggi

Abaikan 3 lelaki kacak lagi hensem yang semestinya menjadi idaman setiap gadis Malaysia mahupun Asia. Aharkz! Yang sebelah perempuan pulak adalah kawan baru yang 1st time berjumpa dan borak macam kawan lama? Hoomaii! mereka sungguh sempoi lagi mesra. Ada jugak malu-malu mereka pada awalnya, tetapi dengan approach yang terbaek oleh Mr.S, segalanya berubah =p

Thanks to Pika and rakan-rakan dia yang sudi datang. Mereka orang dekat je. Kawasan Port Klang. Ada lagi sorang blogger engineer yang dah pulang awal atas sebab-sebab tertentu.

Thanks pada Excellent Pictures yang provide tiket free pada kami dan juga TGV Cinema yang sememangnya tak payah cerita lah tahap keselesaan dia cam na kan? Tahap superb!

Korang yang inginkan event seperti ini, boleh follow blog yang KHAS untuk bloggers Klang di: www.klangblogger.blogspot.com

enjoy!

Friday, June 22, 2012

Bagaimana rasa jadi wartawan di lokasi? by shahroll

Friday, June 22, 2012


As salam, hello readers...


Semalam aku ada buat 1 "tugasan" tak rasmi yang aku sendiri ingin mencubanya. 1 tugasan untuk mendapatkan feedback penonton yang menonton filem Mael Lambong untuk tayangan pertama. 


Dengan baju exclusive Mael Lambong yang aku dapat semasa tayangan perdana tempoh hari, menguatkan lagi semangat untuk sesi interview.


Rasa jadi "wartawan" di lokasi? Ini dia;


#1- Sifat malu sila buang jauh-jauh. Kau nak interview orang kalau malu macam mana? so, kuatkan semangat dan yakin boleh! ecceeh!


#2- Rasa berdebar memang ada. Walaupun aku bukan aliran Mass Comm punya student, bahasa ke-wartawanan aku belajar dari wartawan Melodi. Syabas! aku tiru sikit-sikit!


#3- Menerima tolakan. Ini penting sangat. Sebab tak ramai lagi kot yang sudi wajah mereka di rakam untuk memberikan respon. Itu perkara normal k? jangan emosi bila keadaan in berlaku =). Ucapkan terima kasih even tak di interview.


sebelum apa-apa, pose dulu! ecceh!!

Wednesday, June 20, 2012

MAEL LAMBONG: Tak makan RASUAH! by shahroll

Wednesday, June 20, 2012


As salam, hello readers...


tagline "Tak Makan Rasuah (TMR)" semakin menjadi-jadi selepas pra-tonton filem terbitan terbaru Excellent Pictures, Mael Lambong. Barisan pelakon utamanya adalah Zizan Razak (Raja Lawak) dan Juliana Evans, manakala pelakon pembantu dibarisi oleh Taiyuddin Bakar & Shenthy Feliziana.



Semalam berlangsung di TGV iMax Sunway Pyramid menjemput rakan media massa dan juga media baru untuk sama-sama hadir untuk menilai kemampuan pengarah tersohor di Malaysia iaitu Ahmad Idham untuk buah tangannya yang terbaru menerusi filem ke tujuh terbitan syarikatnya.

"Saya cuba untuk menampilkan watak yang menjurus kepada perkembangan 1 watak sahaja dalam Mael Lambong. Dan saya suka bereksperimen dengan setiap filem keluaran produksi saya", kata Ahmad Idham dalam press conference yang dilakukan setelah selesai pra-tonton filem tersebut.


satu lagi berita MENARIK untuk  korang HARI INI;


enjoy!