Showing posts with label japan. Show all posts
Showing posts with label japan. Show all posts

Monday, October 01, 2012

(Shop) Daiso from Japan! by shahroll

Monday, October 01, 2012



As salam, hello readers...

Dah masuk bulan Oktober. YES! dah 1 Oktober 2012. Cuma tinggal 2 bulan saja lagi untuk tahun menghabiskan 2012. Wuh!! Cepatnya masa berlalu. Tahun depan masuk lagi 1 angka dalam umur aku. *kenyit mata,picit hidung!* apa pun, moga perjalanan hidup dapat dijalankan dengan baik dan sempurna, ameen! =)

Pernah pegi Daiso? Bukan Denso part kereta tu ye? Ini kedai jepun jugak, tapi cawangan di Malaysia. Fyi, kedai Daiso ni dia jual macam-macam barang yang terdapat dari Jepun dijual di sini (Malaysia) dengan harga yang sangatlah murah, RM5.00 saja.

Barang-barang yang macam mana eh? tengok kat bawah ni...


Logo "Daiso"

Antara barangan yang aku beli...

Ada 8 items diatas. Maknanya aku dah spend around RM40.00 di kedai Daiso. Kedai yang aku pergi ni di outlet Harbour Palace, dekat je dengan rumah aku. Masa balik dari kelas, singgah jap jalan-jalan. Aku beli senapang tu adik lelaki aku yang punya, then torch light tu untuk kat umah, yang kecik sket tu abah aku punya. Betul-betul barang yang aku beli untuk aku earphone tu je sebab aku nyer yang kat rumah dah rosak. Susah aku nak buat editing video.

Best la konon-konon beli barang dari Jepon! kui3...

Dekat dalam kedai Daiso ni ada jugak jual peralatan-peralatan tradisional Jepun. Korang boleh tengok dalam SINI. Best woooh! Kalau korang nyer rumah nak feel-feel Jepun, silakan membelinya pun aduhaii~ =p

enjoy!

Monday, March 14, 2011

#prayforjapan : Hastag in Twitter by shahroll

Monday, March 14, 2011
Assalamualaikum w.b.t to all...


Happy new week! Aku agak bersemangat minggu nie, walaupun semalam agak "down". Never mind, pengajaran untuk mendewasakan. Tak de cerita panjang2 sangat lah, aku hari ni banyak melihat situasi-situasi selepas Tsunami di Jepun.


Apa yang aku dapat lihat?










Sumber foto: Photography Blog

Memang menggerunkan aku tengok gambar2 kat atas. Teringat aku peristiwa tsunami di Acheh. Aku harap penduduk di Jepun, sabar dengan dugaan besar ini. Now, aku just baca update dari web The Times dan Guardian UK

Friday, March 11, 2011

Massive quake strikes northern Japan!!

Friday, March 11, 2011
As salam to all,


Kira-kira dalam 4 petang tadi, masa aku belek2 #twitter, terbaca Retweet dari kawan aku mengatakan Jepun mengalami kejadian gempa bumi yang dasyat! 8.9sc!! Paling kuat dalam sejarah kot? Apa pon, sama-sama kita berdoa agar, semua rakyat Jepun khasnya rakyat Malaysia dalam keadaan yang selamat.


Sedikit petikan dari mStar Online;


TOKYO: Satu gempa bumi kuat bermagnitud 8.8 pada skala richter berlaku di Pantai Timur Honshu, Jepun pada Jumaat dan mencetuskan tsunami setinggi empat meter (13 kaki) hingga menghanyutkan kereta dan bangunan di sepanjang pandai berkenaan.



Di beberapa lokasi di sepanjang pantai Jepun, tayangan televisyen memaparkan berlakunya banjir dengan puluhan kereta, kapal serta bangunan dihanyutkan air.


Menurut rakaman stesyen televisyen Nasional NHK, terdapat sebuah kapal besar yang dibawa arus deras melanggar pemecah ombak di Bandar Kesunnuma di Wilayah Miyagi.


Gempa yang melanda kira-kira pukul 2.46 petang waktu tempatan diikuti dengan beberapa siri gempa susulan termasuk magnitud 7.4 sekitar 30 minit kemudian.


Agensi meteorologi mengeluarkan amaran tsunami bagi kawasan pantai Pasific seluruh Jepun.



Stesyen televisyen nasional NHK mengeluarkan peringatan kepada sesiapa yang masih berada di kawasan berdekatan pantai supaya berpindah ke kawasan tanah lapang yang lebih selamat.


Pusat Amaran Tsunami Pasifik di Hawaii berkata, amaran tsunami dikeluarkan kepada Jepun, Rusia, Pulau Marcus dan Marina Utara.Manakala amaran berjaga-jaga dikeluarkan kepada Guam. Taiwan, Filipina, Indonesia dan Hawaii, Amerika Syarikat


**korang leh tengok update berita dari CNN dan juga Al-Jazeera punya web**

Wednesday, September 22, 2010

[ads] Let`s go to JAPAN!! Hot Promotion by AirAsia

Wednesday, September 22, 2010



 Booking Online : AirAsia Book Online

Moshi Moshi,

The flight you have been waiting for is here: We are flying to Japan and the fare starts from an amazing RM 99!

Your experience with us in the Land of the Rising Sun begins at Tokyo's Haneda airport. We're sure you're already imagining yourself skiing down Mount Fuji, being captivated by rustling Sakura trees and enjoying delicious servings of sushi.

Of course, there's so much more to look forward to. Geishas, harajuku culture, Cosplay, fantastic toy stores, super-slick architecture... the list truly is endless! 

Guys! what are you waiting for?? lets go holiday with AirAsia, world`s Best Low -Cost Airline 2009 &2010. Hurry up!! =D