Showing posts with label ebook. Show all posts
Showing posts with label ebook. Show all posts

Wednesday, March 21, 2012

Rahsia Bisnes Mamak by shahroll

Wednesday, March 21, 2012


As salam, hello readers...


Entry ilmiah. Tapi tak berat sangat lah. Aku cuma nak share ebook free yang ada dalam Google Scholar (book). Kata orang, manusia itu sama saja, tetapi yang membezakannya adalah ilmu. Mana nak dapat ilmu? salah satunya adalah dengan tabiat membaca.


Aku ada nampak buku keluaran PTS ni dekat toko-toko buku. Setiap kali buku ini aku nampak, aku hanya belek-belek je, bukan tak menarik perhatian, tetapi seringkali terkandas dengan buku-buku yang berunsurkan motivasi.


RAHSIA BISNES MAMAK: Satu Jenama Dunia.


Untuk yang berhajat nak buka kedai makanan, boleh lah baca buku seumpama ini untuk memberikan idea dan juga motivasi. Nampak seperti mudah nak bukak kedai makan, tetapi disebaliknya siapa yang tahu kan?

Wednesday, September 07, 2011

Sesi "warm-up" untuk menjadi penulis di Fixi Publisher! by shahroll

Wednesday, September 07, 2011


Salam semua,


Aku tahu hari ni aku gila. Gila menulis! Sebab baru petang tadi aku dah publish pasal MSS2011, sekarang mata aku still segar (sikit2 la mengantok!) Tambah dengan kopi Barli peket, langsung cergas!


Aku ada hantar Cerita Pendek (Cerpen) dekat Fixi. Tak tahu siapa Fixi? klik SINI. Aku suka dengan konsep yang diketengahkan oleh publisher Fixi ni sebab tak terlalu formal dengan konsep yang publisher lain dah buat. Cool!


Masa aku melayari Facebook, nampak Admin Fixi update tentang cerpen tu. Dia akan pilih 3 terbaik dan akan dapat buku terbaru dari Fixi iaitu NGERI. Aku nak buku tu, sesuai dengan citarasa aku yang suka dengan novel ala seram.
Aku mula fikir tajuk cerpen sejurus aku lihat status tu.


Biasanya bila aku nak buat 1 naskah penulisan, tajuk aku beri keutamaan. Bagi aku, tajuk tu yang akan jadi "pemandu" aku sebenarnya. Kira macam halatuju la. Silap-silap cerita "tah pape" pulak yang jadi.


Selalu aku tulis cerpen dalam 500 ke atas, tapi syarat Fixi cuma 300 dan kebawah. Mencabar sebenarnya buat cerpen 300 ke bawah ni sebab pengisian mesti padat dan jalan cerita juga mesti sampai kepada pembaca.


Kalau korang sudi, kat bawah ni aku quote sikit apa yang aku dah tulis sampai 1 pagi tadi (lebih kurang 3jam aku fikir, tulis,padam,tulis balik!)
Malam Khamis yang sunyi. Mak dan ayah Bella pergi ke sebuah kampung untuk mengubati kakaknya, Zella sakit tenat.  Dah 2 tahun Zella mengalami penyakit pelik. Makan banyak tapi susuk tubuh tetap kurus. Macam mayat.  Bapanya sudah lama bersara dari angkatan tentera tapi masih kuat untuk melakukan kerja-kerja kampung di Sungai Nibong. 
Bella menyendiri di bilik. Mahu keluar, tiada pula kawan-kawan untuk diajak. Bella tiada kawan lelaki, jauh sekali buah hati. Ibunnya melarang keras anak-anaknya untuk rapat dengan lelaki kerana calon menantu sudah ditetapkan dari kecil. Bella turutkan saja tetapi bukan Zella. Zella agak degil perangainya. Pernah sekali Zella memarahi Bella diatas kesalahan yang kecil. 
Bayangan itu sekali sekala menerpa dalam otak Bella. Kenangan tidak mengembirakan sesetengah manusia tapi tidak bagi diri si comel ini. Ya, aku boleh katakan Bella comel. Se comel Lisa Surihani. Dia tetap berdoa agar kakaknya cepat sembuh walaupun harapan untuk sembuh ternyata punah!
DOWNLOAD SELENGKAPNYA:

Enjoy!