Showing posts with label blog tutor. Show all posts
Showing posts with label blog tutor. Show all posts

Monday, January 28, 2013

(editing) 5 perkara bagaimana nak buat poster untuk iklan yang mudah? by shahroll

Monday, January 28, 2013



As salam, hello readers...

Ok sekarang mood rajin aku tengah turn-on, maka lahirlah entry ala-ala tutorial macam post editing magazine dulu. Lama nak dapat mood rajin kalau korang nak tahu. Selain faktor usia semakin bertambah, tambahan kerja juga menjadi faktor sampingan. HUHU!

Jom kita mulai,

Untuk membuat poster tak susah mana pun. Korang perlu ada sedikit kemahiran dicampur dengan otak yang kreatif. Kemahiran asas yang perlu ada pada orang adalah perisian Adobe Photoshop. Lebih afdal kalau korang mahir Adobe Illustration, tetapi aku tak mahir sangat guna software tu. 90% kerja-kerja aku memang di-setel-kan dalam AP.

Adobe Photoshop apa yang best?

Bergantung kepada individu. Kalau dulu aku selesa pakai CS2, but now aku dah guna CS5. Lebih kurang je, cuma ada sikit beza yang aku tahu, bila edit tang Black And White, dia lebih detail editing nya.

Kita lihat pada work-space pada CS5;

paparan dalam CS5

1#- Sebagai permulaan kerja, korang kena tetapkan ukuran yang nak digunakan. Contoh: aku gunakan size paper A4. Subjek utama aku letakkan di tengah-tengah supaya senang aku nak balance-kan kiri dan kanan. gunakan [ctrl+R] untuk view pembaris.

2#- Untuk latar belakang, korang boleh letak yang berkaitan dengan subjek utama. Jika sekarang tema aku adalah untuk mempromosikan akaun Instagram aku, maka latar belakangnya juga aku pilih berkenaan dengan Instag. Selain untuk menunjukkan berapa bilangan followers yang ada (aku lebih suka guna terms "kawan-kawan") dapat juga tunjukkan gambar yang telah dimuat naik ke dalam Instag korang tu.

3#- Setelah itu, drag gambar latar belakang itu ke dalam work-space utama. Pilih menu layer>arrange dan letak di belakang kamera putih tersebut. Dan selepas tu, boleh di blending kan dalam kadar 45% Opacity.

Saturday, December 03, 2011

Bagaimana nak buat QR Code untuk blog? by shahroll

Saturday, December 03, 2011


As salam, hello readers...


Jam 3 pagi terbangun dari tidur memang susah nak tidur balik. Selesai buat sedikit research untuk esok (akad nikah shoot) fresh sikit kepala dengan pelbagai idea dari gambar-gambar yang dilihat.


Then, aku baca sekali imbas majalah PC yang sempat aku beli di Tesco. Tertarik dengan 1 artikel pasal QR Code ni lah.


Kalau korang tengok kat side bar blog aku dah ada QR Code! sila cuba kat tepon korang, boleh pakai tak?


Aku lambat sikit pasal QR Code tah hape benda ni. Tengok cam best, so aku buat lah satu. =p


QR Code untuk blog www.shahrulhairy.com

Untuk membuat code korang sendiri, boleh layari laman sesawang http://goqr.me/ dan pilih tab URL untuk generate code. Size default dia berukuran 250pixel tapi korang boleh kecikkan ikut suka korang lah (boleh adjust kat bawah code tu)

Dah setel, samada korang nak download code tu (format PNG) ataupun amek URL (untuk diletakkan di dalam blog) ikut suka korang lah. Kalau ada banyak blog, so ulang je step tadi.

enjoy!