Showing posts with label apaceloptoq. Show all posts
Showing posts with label apaceloptoq. Show all posts

Friday, October 26, 2012

(review) filem Apa Celop Toq by shahroll

Friday, October 26, 2012



As salam, hello readers...

Sebelum aku berangkat ke Cambodia, pada 23 Oktober 2012 aku dijemput untuk menonton pra-tonton filem Apa Celop Toq di Sunway Pyramid. Terima kasih kepada Excellent Pictures yang sudi menjemput para bloggers menilai filem ke-8 terbitan production house yang AWESOME ini. Kenapa awesome? Lain post aku cerita..

barisan pelakon dan pengarah kreatif, Ahmad Idham

Dalam awal ucapan Idham, beliau secara berterus-terang mengatakan filem ini memang santai dan ringan, bertepatan dengan pasaran Malaysia yang mahukan filem-filem sebegini. Walaupun kami tidak dibekalkan dengan popcorn dan soda drink (Coke), boleh dikatakan tak habis makan punya sebab sememangnya filem ini menghiburkan.

kemunculan pertama Hazama di layar perak, baguskah?

Preview:
#1- Plot cerita mengenai Hazama yang bercita-cita menjadi seorang yang terkenal dalam bidang nyayian (tipikal plot actually) dan sementara itu berkawan baik dengan Tapai (lakonan Taiyuddin Bakar)

#2- Kepakaran Hazama dalam bidang membaik-pulih motosikal drag (kuasa kecil) untuk mat-mat rempit sekitar KL. Bak kata orang putih part time @ Saturday Fever.

#3- Watak Laila yang dipegang oleh Intan Ladyana adalah wartawan yang cover isu-isu crime tetapi disebabkan satu assignment yang gagal, editor terpaksa menukarkannya di posisi wartawan hiburan. Ada isu di sebalik dialog antara Laila dan Yus Jambu (wartawan lembut? MAIGOD!!)

#4- Dominan character adalah Black iaitu Azad Jazmin. Dia ni mat rempit yang selalu lawan drag motosikal kecil dengan Tapai. Lawak Azad nampak natural walaupun sebenarnya dia ni penyegan diluar set. Pelik kan? HEHE!

#5- Watak rempit yang ditonjolkan bukan seperti yang digambarkan seperti muka bengis, gengster, rogol, ragut tu semua. Bukan. Watak ini dihasilkan untuk "smash" orang-orang diluar sana yang memiliki tipikal minded atau salah tanggapan pada mat-mat rempit ini yang mereka tak kan berjaya dalam hidup. Itu yang salah. Seperti kata-kata ini "Kita selalu menghukum daripada memberi peluang"

#6- Lagi? nak tahu lagi?? Anda kena tengok di pawagam berhampiran atau pun yang berjauhan dengan anda k? rate untuk filem ini 3.5/5 star.

enjoy!

Kamal Adli pon goyang wooo tengok gambar ni. HEHE! peace bro! =p

Saturday, October 20, 2012

(contest) Filem APA CELOP TOQ by shahroll

Saturday, October 20, 2012



As salam, hello readers...

Salam pagi Sabtu semuanya. Sihat? moga bertambah ceria hujung minggu k? Aku ada bawakan khabar gembira kepada kaki wayang terutamanya filem Melayu yang kini semakin rancak dihasilkan, sesuai dengan permintaan pasaran yang mahukan filem yang ringan untuk bersantai bersama keluarga.

Ok lah, pada minggu depan akan berlangsungnya majlis pra-tonton filem APA CELOP TOQ yang dibarisi pelakon seperti Hazama, Intan Ladyana, Taiyuddin Bakar, Azad Jasmin, Shenthy Feliziana & ramai lagi!

Untuk itu, aku anjurkan satu pertandingan. Senang je pertandingannya. 3 pembaca blog shahrulhairy dot com berpeluang memenangi jemputan (single) ke tayangan perdana tersebut!

Caranya?


1) LIKE page facebook: APA CELOP TOQ the movie
2) Berikan komen yang PALING BEST di ruangan komen blog ini. Hanya satu komen saja yang dikira. Komen bermula dengan "Saya menyukai filem arahan Ahmad Idham kerana......" (tak lebih 25 patah perkataan)
3) Sertakan sekali alamat email untuk menghubungi para pemenang.

Senang kan? pertandingan ini akan ditutup pada hari ISNIN (22 Oktober 2012| Jam 11.59 malam) dan 3 pemenang akan dapat menonton dan bertemu dengan pelakon-pelakon dari APA CELOP TOQ ini.

enjoy!

Monday, October 08, 2012

(video) Aku Mau Dia OST Apa Celop Toqq by shahroll

Monday, October 08, 2012




As salam, hello readers...

Finally, keluaq gak video nyanyian Hazama ni. Part chorus sedap tapi starting lagu ni kurengg sket la. Kan? vokal Hazama tak yah cerita dah, superb! Aku jadi tak sabar nak tengok filem Apa Celop Toqq ni sebab dah lama tengok teaser dia. Tengok SINI.

Enjoy the song lah ye? Adios!

gambar: Google

Tuesday, September 04, 2012

Official Trailer: Apa Celop Toqq (Bila Cinta Di atas Jalan Tar) by shahroll

Tuesday, September 04, 2012




(Hanya Di Pawagam 25 Oktober 2012)


Hazama

Azad Jazmin

Intan Ladyana

Taiyuddin Bakar

enjoy!!