Showing posts with label UiTM Kuala Pilah. Show all posts
Showing posts with label UiTM Kuala Pilah. Show all posts

Wednesday, March 16, 2011

Anda suka menonton Teater? by shahroll

Wednesday, March 16, 2011
Assalamualaikum w.b.t and salam sejahtera,


Minggu lepas, baru je aku pergi ke UiTM Kuala Pilah. Dan hari ni (Rabu) aku pergi lagi. Haiseh, macam Dejavu rasanya. Dan esok jugak aku ade kelas BEL 312, yang mana aku kena present bersama group aku. Hope esok aku tak lewat sampai ke Shah Alam.


Ok, agak risau disitu.


Tadi aku diajak oleh kawan Facebook, iaitu saudara Nasrul Hakeem untuk pergi ke satu teater yang akan dipentaskan di Panggung Bandaraya DBKL. Aku pernah layan 2 teater sebelum ni, 1) Teater Musikal P.Ramlee 2) Makyong (Istana Budaya). Aku datang sebagai shooter. Dan kali ni, sebagai shooter jugak.. 


Teater Bangsawan: Siti Zubaidah

Insyaallah aku akan turun ke sana. Pelakon nya seperti Ani Maiyuni, Raja Azrey, DJ Pool, Azza AF, Ezad Exist, Ieda Moin dan Khaty Azian sebagai pelakon utama. Tiket berharga RM5 ringgit sahaja.

Korang nak pergi? owh, tak tahu jalan eh? korang klik SINI

Friday, March 11, 2011

Apa best kat Kuala Pilah tu hah? by shahroll

Friday, March 11, 2011
As salam to all,


Lewat malam punya update. Malam keliwon. Eh! bukan.. malam jumaat! Selalu gak tengok kat status kawan2 (yang berumah tangga) berunsurkan "kenakalan" untuk malam yang satu nie. HAHA~ apa pon, enjoy your life lah k?


Semalam, aku pergi bersama pegawai aku ke UiTM Kuala Pilah atas urusan kerja. Then, sampai di sana dalam jam 1 petang dan sesi pembelajaran untukmengajar lecturer2 muda sana dalam jam 2 petang. Molek bonar la tu, time makan tengahari kan? so lepak lah kami kat satu warung nie;


Kak Lang D'Rimba kedai makan..

Cool kan warung makan nie? Dia nyer tempat tepi jalan je. Orang punya lah ramai berator nak makan kat sini, padahal kedai cam nie banyak kat sekitar kawasan kat sana. Muuussti de sesuatu yang "memikat" hati dorang nak makan sini eh?

Kacau la pulak tangan tu...

Warung nie berdepan dengan pejabat RISDA Kuala Pilah. Betol2 mengadap, bertentangan lah. Dalam kad business dorang pon, dibagi landmark "berdepan dengan Pejabat Risda Kuala Pilah", baek punya point kan? senang sket orang nak carik;
Pejabat Risda..

Apa yang aku makan kat situ? Aku makan sayur2 je! Aku amik cendawan (banyak!), kentang masak lada hitam dan sikit ulam-ulaman. Tak tinggal sambal belacan. Ade gak aku tuang kuah ikan keli masak lemak cili api, perghhh terangkat kauu!! pedas campo ngan sambal belacan, 2+1 kepedasan!

haha.. sikit je nie.. kan? =_=~

Time nie senyap. Makan penuh khusuk. Aku layan kepedasan, pegawai aku pon same. Abg Zul (pemandu kami) pon senyap, sampai lah ke stage 2 (dah dekat2 nak habes) baru bukak mulut bercakap! Haaa.. betol2 "menghayati" masakan orang Kuala Pilah nie! heheh~

finishing yang tak menghampakan...

Ada sesi ke Kuala Pilah lagi nanti. Perghh.. harus lah aku ikut kan? leh merasa makanan kat warung ni lagi. Sesapa yang dekat2 area sini, leh try masakan kedai nie. Berbaloi2!! sebab kami makan 3 orang siap air baru RM 13 hengget lebih! So worth it lah.. 

Terasa lapor dah? haha.. aku tak tanggung la eh! malam2 buta punya posting, pasal makanan! huhu~ see ya next! As salam...