Showing posts with label The Apprentice Asia. Show all posts
Showing posts with label The Apprentice Asia. Show all posts

Wednesday, May 22, 2013

The Apprentice Asia: Week #1 by shahroll

Wednesday, May 22, 2013



As salam, hello readers...

Selesai sudah episod pertama The Apprentice Asia. Sebelum huraikan lebih lanjut tentang tugasan, jom kita kenali kumpulan mereka. Minggu pertama ini, kumpulan dipecahkan kepada gender iaitu Lelaki dan Wanita. Nama kumpulan untuk lelaki adalah "Mavericks" dan wanita pula "Apex".


the team
photo courtesy: AXN Facebook

Setelah selesai dengan penamaan nama kumpulan, maka tugasan pertama mereka adalah: Menjual ikan di pasar. Nampak mudah, tetapi memerlukan strategi yang betul dengan mendapatkan keuntungan. Seperti kata-kata Tony Fernandes, "Business is hard. Business is simple. Make it profit!"

Untuk team Apex, Project Manager adalah Nik Aisyah Amirah dan untuk team Mavericks Hendry. Team Apex bermula dengan baik di pasar manakala suasana kelam-kabut team Mavericks. Team Mavericks mempunyai beberapa masalah. Pertama, mereka menjual ikan dengan tidak bersedia untuk menjual. Kedua, harga ikan tidak ditentukan lagi dengan mark-up strategi 30% jualan ikan.

Setelah itu, ikan masih berbaki. Kedua-kedua kumpulan sedaya upaya menghabiskan ikan yang masih ada. Jadi, mereka menjualnya di kedai-kedai berhampiran dengan harga yang jauh lebih rendah. Manakala bagi team Apex, harga jualan yang tinggi menjadi taruhan untuk mendapatkan keuntungan.

Kedua-duanya berjaya menghabiskan ikan masing-masing tetapi tiada keuntungan yang berjaya diperolehi. Team Mavericks mengalami kerugian sebanyak RM658 dan Team Apex pula sebanyak RM168.

Menjadikan, Team Mavericks menjadi pasukan pertama memasuki board room dan seseorang akan dipecat!

Peserta yang dipecat adalah: Hendry dari Indonesia.

photo courtesy: AXN website

Age: 30
Nationality: Indonesian
Marital status: Married
Education: Advanced Diploma of E-commerce from Informatics Computer School
Current Occupation: Founder and CEO of his F&B company

“There are many formulas to success, 
but nothing will happen unless you take action.“

enjoy!

The Apprentice Asia: Only at @axnasia!! @tonyfernandes by shahroll

Wednesday, May 22, 2013



As salam, hello readers...

Siri Apprentice yang aku tonton beberapa tahun lepas, membuatkan aku tak sabar nak tengok siri ini untuk Asia punya. Di hostkan oleh Tan Sri Dr.Tony Fernandes dan 2 penasihat beliau iaitu Mark Lankester (CEO Tune Hotels) dan juga Kathleen Tan (CEO Expedia Asia)


Barisan "pelakon" The Apprentice Asia

Peserta dari Malaysia, iaitu Nik Aisyah Amirah Mansor dan juga Nazril Idrus masing-masing mempunyai karektor sebagai seorang perintis kepada Kumpulan AirAsia Group. 

Pengalaman Nazril sebagai seorang Financial Coaching, Trainer dan Entrepreneur serta latar belakang pendidikan Chartered Accountant, Institute of Chartered Accountant Australia, cukup untuk Nazril sama tinggi dan duduk sama rendah dengan peserta-peserta dari negara Asia yang lain.

Begitu juga dengan Nik Aisyah, berlatar belakangkan pendidikan di University of Adelaide dalam Bachelor of Commerce (Accounting) dan bekerja sebagai Auditor melayakkan beliau mendapat tempat di The Apprentice Asia walaupun usianya baru menjangkau 25 tahun! 

Apprentice: Nazril Idrus

Apprentice: Nik Aisyah Amirah Mansor

photo by: AXN website

Details:
Start: 22 Mei 2013 (TONIGHT!!)
Channel: AXN (Astro 701)
Time: 9.00PM (Malaysia)

ikuti perkembangan mereka di pautan dibawah;


enjoy!