Showing posts with label Nasyid. Show all posts
Showing posts with label Nasyid. Show all posts

Saturday, September 01, 2012

(review) Sixth Sense berubah hala musik nasyid? by shahroll

Saturday, September 01, 2012



As salam, hello readers...

Masih ingat band yang bertanding dalam Versus di TV9 tak lama dulu? Dalam banyak-banyak kumpulan musik yang bertanding. Sixth Sense salah sebuah band favorite aku dalam rancangan tersebut. Elemen "Indonesian Music" sungguh jelas kedengaran. Sedap-sedap lagu dorang neh.

Mereka buat cover version untuk 2 buah lagu nasyid? Biar betul..

Diupload dalam ruangan Youtube memang memberi impak yang besar dalam mengwar-warkan lagu baru specially lagu-lagu cover seperti ini. Aku tak tahu macam mana nak explain kat korang betapa bestnya lagu kalau Adi Sixth Sense yang bawa dengan suara kesengauan yang comel tu.

Layan k?

Sixth Sense-Damai Yang Hilang & Rasulullah

enjoy!

Friday, August 14, 2009

Pergi Tak Kembali by shahroll

Friday, August 14, 2009
salam to all bloggy...

Al-Fatihah untuk Arwah Ustaz Asri yang telah meninggal dunia semalam akibat serangan sakit jantung secara mengejut ketika berada di Auditorium P.Ramlee.Agak terlewat untuk saya mem-posting kerana keadaan yang tidak mengizinkan.. apa-pun, takziah buat seluruh keluarga, kaum kerabat Arwah dengan pemergian Ustaz Asri.

Arwah adalah tokoh penyanyi nasyid yang disegani di dalam industri hiburan khasnya arena Nasyid dimana banyak anugerah yang telah dicapai oleh kumpulan Nasyid Rabbani.Semoga lagu2 nya yang berunsurkan INGATAN dan AMARAN dapat kita menghayati sepenuhnya. Wallahu alam..

Hayati lagu " Pergi Tak Kembali" dari kumpulan Rabbani ini.. wassalam...


Setiap insan pastikan merasa
Saat perpisahan terakhir
Dunia yang fana akan ditinggalkan
Hanya amalan yang akan dibawa

Terdengar sayup surah dibaca
Sayu alunan suara

Cemas di dada lemah tak bermaya
Terbuka hijap di depan mata

Selamat tinggal pada semua
Berpisah kita selamanya
Kita tak sama nasib di sana

Baiklah atau sebaliknya

Amalan dan taqwa jadi bekalan
Sejahtera, bahagia pulang...kesana
Sekujur badan berselimut putih

Rebah bersemadi sendiri

Mengharap kasih anak dan isteri
Apa mungkin pahala dikirim
Terbaring sempit seluas pusara
Soal bicara terus bermula

Sesal dan insaf tak berguna lagi
Hancurlah jasad dimamah bumi
Berpisah sudah segalanya
Yang tinggal hanyalah kanangan

Diiringi doa dan air mata
Yang pergi takkan kembali lagi



semoga Arwah Ustaz Asri ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman dan dicucuri rahmat Allah S.W.T.... Aminnn

** My mood T___T

Regard
Shahrul Hairy Shaharuddin
Shahroll PhotoGraphy Founder ( SA 0105226-X)
http://akudankamu.fotopages.com/
shahrollphoto@gmail.com
YM:shahroll_ery@yahoo.com.my
012-3437359