Showing posts with label Indonesian artist. Show all posts
Showing posts with label Indonesian artist. Show all posts

Thursday, January 10, 2013

(pemeran) Aulia Sarah yang polos? by shahroll

Thursday, January 10, 2013



As salam, hello readers...

Korang kenal dengan pelakon dari Indonesia (Aulia Sarah) yang bermain sinetron di Pesantren & Rock N Roll tak? Aku salah seorang penonton tegar untuk sinetron ini. Kenapa?

Ceritanya biasa saja. Cinta manusia. Tetapi apa yang kuat menarik aku melihat sinetron ini adalah bila ada babak Ustaz Mahmod yang sememangnya Ustaz dalam dunia realiti membuat aku suka dan banyak belajar tentang hadis-hadis secara tidak langsung.

Lagi pun, cara sebegitu memang aku nampak Indonesia lagi kehadapan dari drama Melayu di Malaysia. Boleh dipertingkatkan lagi drama-drama Melayu dalam unsur keagamaan.

Siapa pelakon yang aku suka?

Awal bicara tadi, aku nyatakan Aulia Sarah. Wataknya yang polos (lurus bendul) dan hanya menuruti apa yang diucapkan oleh bapanya. Masih ada lagi perempuan seperti ini ya?


cantik bertudung.. kan?

Aku cari AS di luar set lokasi penggambaran di laman sesawang Google Image. Setelah aku menelusuri, beberapa gambar aku agak kaget. Oh! lifestyle tak ubah sama seperti kebanyakkan di Malaysia. AHAH!

Korang carik lah sendiri ya?

enjoy!

Saturday, May 21, 2011

Pendapat aku berkenaan plagiat musik serantau dan apa pandangan kalian tentang permasalahan ini by shahroll

Saturday, May 21, 2011


Tajuk tak nak kalah macam orang buat thesis. Ah, biarkan lah. Kalau ada orang dari Fakulti Musik yang nak buat kajian pasal mende nie, korang kena inform aku dulu, deal? leh aku involve dalam kajian korang tu! haha, mentang-mentang kerja kat bahagian research, terpoyo pulak! =p


Sekarang boleh aku katakan fenomena K-Pop (Korean Pop) hangat diperkatakan. Bukan baru pun, dah lama hangat kot, sekarang je baru nak UP UP mende ni. Faktor kejayaan artis-artis K-pop yang aku nampak:-


1) Artis stok muka cun gile (plastic surgey of course!) laki dia stok jambu.
2) Menari best? boleh la..
3) Lagu jiwang? haah, lagu stok jiwa-jiwa (lam Bahasa Korea)


Ini yang aku nampak. Aku rasa korang pun sama juga kan? Actually, aku punya point bukan pasal K-pop yang melanda, tapi pasal musik K-pop yang di "plagiat" oleh artis-artis lain untuk menghasilkan lagu yang sedap di dengari.


Sebelum tu, apa itu plagiat? 
Plagiat: Menurut Kamus Dewan,ciplak atau plagiarisme bermaksud "perbuatan meniru atau mengutip sebahagian atau keseluruhan karya orang lain tetapi mengakui karya tersebut sebagai usahanya sendiri" (quote: Wiki)


Mengapa berlakunya plagiat?
Mungkin pendapat aku tidak "berkenan" untuk fahaman korang, tapi bagi aku, mungkin ini cara yang terbaik untuk mempromosikan sesebuah kumpulan musik baru ataupun menaikkan nama kumpulan musik yang telah ada nama, tetapi "menumpang" populariti lagu lain untuk dikongsi dengan peminatnya (mungkin hak ciptanya telah diberikan)


Aku sebagai pendengar, tak kisah dengan musik apa yang dibawa yang penting lagu itu sedap didengar. Malah lagu-lagu dari Indonesia juga banyak yang di klaim plagiat, tapi dari susunan musik dan melodi, telah diubah menjadi satu karya yang asli (quote: Djesaka)


Kita lihat perkembangan ekonomi Jepun ketika baru nak naik selepas Perang Dunia ke-2. Mereka meniru dari Barat untuk buat kereta,alat eletronik dan macam-macam lagi dengan hanya meniru patent barangan tersebut. Bolah tak aku kaitkan kenyataan ini dengan plagiat musik? SUDAH TENTU BOLEH!


Dengan mengambil sedikit inspirasi dari sumber luar, membolehkan musik itu berkembang ke depan. Ya, mungkin sekarang di cop sebagai plagiat, tetapi manakan boleh kalau tidak berbuat sesuatu?


Aku suka dengar lagu-lagu dari Melly Goeslaw. Kebanyakkan lagu yang terhasil dari melodi/musik korean. Adakah Melly boleh di cop sebagai plagiat lagu Korea? Tetapi lagu-lagu Melly ternyata sdap-sedap belaka dan kita enjoy kan? Salah satu contoh aku bagi;


BBB girls - Ingin Menikah


Bandingkan yang ini;
Haeng Bok Ha Gil Ba Rae - Hyung Joo (Sassy Girl OST)

Dari segi tempo lain, tetapi masih sama. Yang Korean agak laju dan yang Indonesia agak slow. Mana pilihan korang? tepuk telinga, tanya selera! haha..
Adios guys! Aku suka yang BBB sebab ada Chelsea Olivia! titik!

[ads: Mencari photographer untuk perkahwinan anda? sila klik di SINI]