Showing posts with label Expo Wedding. Show all posts
Showing posts with label Expo Wedding. Show all posts

Monday, November 29, 2010

Pembacaan teras utama untuk photog : Aku suka beli majalah "bundle" by shahroll

Monday, November 29, 2010
As salam to all,


Mungkin korang pelik kan, why la aku hari nie rajin sangat hapdet. Aku dah siap kan beberapa posting sebenarnya, time aku draf tu aku tak buat citation or link kepada sumber asal lagi, that why la tak publish. Hermm, aku tak citer pon, korang pe keysah kan LOL~


Apa pon, setiap kali aku tekan button "Publish Post", semacam kepuasan bagi aku. Entah, aku tak taw. Haha, pelik pangai mamat nie. Ok lah, just nak tanya korang, dalam sebulan korang spend berapa ratus untuk beli majalah/buku/novel dan sebagainya untuk pencambahan otak korang tu?


Stop! Jangan dok peleceh benda material hardcopy nie. Even dah ada internet, buku (or hardcopy material) bagus untuk bahan penambahan ilmu untuk korang. Bagi aku, bila memegang buku or majalah tu, fokus untuk aku nak membaca tu lebih lagi sebab kau boleh pegang,rasa,tengok dan selak buku/majalah yang korang beli tu.


Aku seorang pembeli majalah yang tegar. Tak tertakluk pada majalah photography je, aku seimbangkan dengan majalah2 business dan juga gadget. Tapi, bukan semua yang baru, aku suka beli bundle je.
source: Google



Kenapa bundle?


Sebab murah!. Cett..tu je ke jawapan ko roll? Cam tak de duit je jawapan ko nie. LOL~ bengomm! Nak habaq la nie. Selain dari murah, buku2 or majalah2 bundle nie selalunya orang Malaysia tak baca lagi. Maksud aku, majalah yang datang dari luar negara selalu sampai lewat kat Malaysia.


Macam majalah Wedding yang dari USA aku selalu beli tu, datang dekat setahun baru sampai Malaysia. Perghh, ketinggalan kot? Tak pe lah, ilmu yang dalam majalah tu masih boleh di aplikasikan (kalau baca) dengan tekun!


Semalam aku beli lagi majalah bundle. Best! Datang dari Spain. Of course la bahasa Sepanyol, but gambar2 dalam tu cukup cool! Bukan gambar wedding k, gambar2 advertising shoot yang memang luar biasa dan cun! Cukup terinspirasi aku malam tadi.


Korang bayangkan just spend RM10 ringgit untuk 1 majalah yang tebal dan best. Korang pegi la surf lam internet tu, ade je contoh2 gambar cool, tebabow dan best, but masa korang online ah leh tengok, masa offline? heh~ ok, korang transferkan gambar2 tu ke Mac Air korang kan? HAHA~ sukati!


Ada satu lagi majalah lom baca. Totally pasal wedding shoot. Mata seorang photographer selalu kena tengok gambar2 "power" an cool punya shoot, sebab boleh aaa 'tiru" mana yang patot, yang tak patot leh buat "private" shoot! WAKAKAKA!


As salam!

Sunday, May 10, 2009

Ekspo Perkahwinan Malaysia 2009 | PENTAS Event | by shahroll

Sunday, May 10, 2009

( **CLICK untuk lebih besar)


Salam & Hello to all blogger...

Entry kali nie lebih terarah kepada sesiapa yang mengusahakan dalam bidang PERKAHWINAN samada Wedding Photographer,Wedding Planner,Bridal2 House dan semualah yang terlibat dalam kerja2 kahwin nie.

Shahrul ada PELUANG untuk pengusaha2 membuat promosi terhadap hasil kerja masing2 di EKSPO PERKAHWINAN MALAYSIA 2009 di mana bertempat di BUZZ-R AMCORP MALL bertarih dari 10 HINGGA 12 JULAI seperti didalam flyers di atas.


Sedikit Kata2 dari Organizer ( PENTAS Event):-

Ekspo Perkahwinan Malaysia 2009 menjanjikan peluang terbaik pada usahawan-usahawan perkahwinan dalam memperkembang lagi perniagaan mereka dengan kos ekspo yang amat minima.

Lebih utama lagi, melalui Ekspo Perkahwinan Malaysia 2009 ini, orang ramai berpeluang untuk mendapatkan lebih banyak maklumat dan gambaran dalam usaha merancang acara perkahwinan mereka.

Disini, kami sebagai pihak penganjur mengalu-alukan penyertaan oleh semua usahawan perkahwinan untuk menyertai Ekspo Perkahwinan Malaysia 2009.

Diharapkan dengan adanya Ekspo Perkahwinan Malaysia 2009 ini, semua usahawan perkahwinan dan orang ramai dapat sama-sama memperoleh manfaat yang amat berguna dan semestinya sukar diperoleh sentiasa.


Booth2 yang ditawarkan amatlah berpatutan.Bermula dari RM 430 hingga RM 900 sahaja ( mengikut saiz tapak booth).Inilah masanya anda mempamerkan dan mempromosikan hasil kerja anda kepada bakal2 client baru anda.Untuk maklumat lanjut boleh berhubung melalui Shahrul di 012-3437359 untuk bertanya apa2 mengenai event ini berkaitan ruangan tapak, saiz atau apa saja, insyaallah saya akan menjawab segala pertanyaan Tuan/Puan sebaik mungkin.CEPATTTT!! bertindak sekarang untuk MENEMPAH booth2 anda SEKARANGGGG!!


regard
Shahrul Hairy Shaharuddin
Shahroll Photography Founder ( SA0105226X)
http://akudankamu.fotopages.com
shahrollphoto@gmail.com
YM: shahroll_ery@yahoo.com.my
012-3437359