Wednesday, July 08, 2015

Review: Zamzam Restaurant seksyen 9, Shah Alam by shahroll




Lanjutan dari post entry Restoren Zamzam: Apa yang best kat sini?

Salam semua! Khabar baik eh? Sorry entry yang sepatutnya update cepat jadi lambat atas faktor gambar tak boleh nak transfer ke PC! Sungguh menyedihkan betuk kabel USB ni. 

Alhamdulillah, dah ada kabel USB baru, boleh la transfer gambar makanan yang aku makan bersama pengusaha popia simpul cinta, Hanis Pastry

Menu: Lamb Mendy

Apa yang kami makan? Dah sebut dalam entry post yang lepas iaitu Chicken Mendy dan Lamb. Untuk perbandingan, aku rasa Lamb Mendy lagi sedap dari ayam. Sebabnya, ayam yang diberi kat aku dah sejuk dan rasa "reput" daging ayam tu. Rasa tak fresh la.

Chicken Mendy

Lamb Mendy

Tempahan meja di sini aku buat lebih awal. 2 hari sebelum aku nak datang, aku dah tempah bagi mengelakkan dari tak dapat tempat kat sini untuk berbuka puasa. Tiada apa-apa bayaran pendahuluan dibuat. Hanya telefon dan tempah. Itu saja

sebelum hidangan utama dihidang

Salad yang aku order tu, tak habis pun makan. Kalau korang suka pakai minyak zaitun, may be boleh telan la kot. Aku tak berapa gemar sangat bau minyak tu, walaupun minyak zaitun baik untuk kesihatan. HEHE!


Untuk solat, ruang solat disediakan dibelah atas. Surau lelaki dan wanita, sebelah menyebelah saja. Ambil wudhuk di surau kecil yang masuk sikit di dalam (macam nak pergi tandas)

Berapa kos keseluruhan makan kat sini untuk 2 orang? Bil seperti dibawah;

not bad for best services

Dan yang lebih best, nak berbuka bersama keluarga boleh tempah untuk buffet punya pakej!

Tak mahal pun....

Gambar diruangan atas untuk buffet bersama keluarga




gambar di-snap guna Mi Note 3 Smartphone

Bagi korang yang nak merasai makanan arab kat sini, aku syorkan boleh ambil buffet yang diberikan oleh Zamzam Restaurant. Pakej adalah seperti dibawah;

Dewasa: RM45 
kanak-kanak: RM25


Selamat berbuka di Zamzam Restaurant!






2 comments:

Farha said...

Oh mmg servis Zam Zam die terbaik, berbaloi dengan harganya. Tp so far saya makan restaurant Saba dan Sanaa di Cyberjaya mmg lebih prefer sana. Apa pon, restauorant ni mmg berjaya menambat hati pelanggan.

SHAHRUL HAIRY DOT COM said...

Farha;

Hai Farha! oh ye ke, dengar cerita sana pun best, tapi lom sempat nak pegi lagi... =)