Fit Malaysia video promo
Tak sampai 79 hari lagi untuk event HARI SUKAN NEGARA 2015, dimana tema untuk tahun ini, sukan untuk semua. Semua lapisan masyarakat perlu mengangkat satu sukan samada di bahagian komuniti, daerah, kampung, negeri dan sebagainya.
Petikan dari BH Online;
KUALA LUMPUR: Sambutan Hari Sukan Negara pada 10 Oktober ini yang bertujuan menjadikan sukan sebagai budaya hidup dijangka menarik penyertaan tiga juta rakyat di seluruh negara.
Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata pada hari berkenaan, pelbagai aktiviti sukan dan riadah akan diadakan untuk setiap lapisan masyarakat. "Seperti yang disebut Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Razak) ini agenda penting bagi kita untuk membina asas ke arah negara bersukan untuk kita menjadikan sukan sebagai budaya hidup kita.
Dapat kita tingkatkan perpaduan, tahap kesihatan dan juga dapat kenal pasti bakat-bakat baru untuk menjadi atlet kebangsaan pada masa depan," katanya kepada pemberita selepas pelancaran Logo dan Kira Detik Hari Sukan Negara, di sini, hari ini.
Khairy berkata semua kementerian juga telah bersetuju untuk sama-sama menjayakan Hari Sukan Negara dengan menganjurkan program di peringkat kementerian.
Maklumat lanjut, boleh layari pautan mereka dibawah;
Official Facebook Page: https://www.facebook.com/pages/Hari-Sukan-Negara/795071837244483
Instagram: https://instagram.com/harisukannegara
No comments:
Post a Comment