Saturday, July 04, 2015

Apa itu Nuzul Quran? by shahroll




As salam, hello readers...

Selamat menyambut Nuzul Quran hari ni. Nuzul Quran jatuh pada hari Sabtu, bersamaan dengan 17 Ramadhan 1436H. Aku percaya, masih ada lagi yang tak faham, apa itu Nuzul Quran? apa pengertian dan peristiwa Nuzul Quran ni?

Jom semak balik!

sumber: Google Image

Nuzul al-Quran merupakan satu peristiwa di mana al-Quran itu diturunkan dari Luh Mahfuz ke Baitul Izzah di langit dunia secara sekali gus dan secara beransur-ansur kepada Nabi Muhammad SAW.

Nuzul Al-Quran – Peristiwa Penurunan Al-Quran | Hari ini merupakan 17 Ramadhan yang mana ia merupakan hari di mana Al-Quran telah diturunkan oleh Allah SWT seper ti yang disebut sebagai Malam Qadar atau Lailatul Qadar. 

Jangan kita bahawa tibanya hari nuzul Al-Quran bermakna kita akan mendapat cuti. Tetapi kita perlu memberikan penghayatan disebalik peristiwa ini. Seperti yang kita maklum. Al-Quran diturunkan dari Luh Mahfuz ke Baitul Izzah di langit dunia sekali gus 30 juzuk dan secara beransur-ansur mengikut suasana dan keperluan kepada Nabi Muhammad SAW.

Firman Allah S.W.T :“ Sesungguhnya Kami(Allah) telah menurunkan Al-Quran pada Malam Qadar”. Malam Qadar dikurniakan Allah pada setiap datangnya Bulan Ramadan. Kelebihan dan kemuliaannya adalah lebih baik dari 1,000 bulan. Ini dinyatakan oleh Allah dalam Al-Quran:“Malam Qadar itu adalah lebih baik dari seribu bulan”


petikan dari blog: Islamikblog



No comments: