Sunday, May 05, 2013

Pengundian Parlimen 110 Klang aman! by shahroll




As salam, hello readers...

Aku dan mak aku mengundi di Kolej Vokasional Klang (dulu dikenali sebagai Sekolah Teknik Klang) seawal jam 7.45pagi. Walaupun awal, tetapi di pusat pengundian telah pun ramai yang beratur di saluran masing-masing.

Untuk Parlimen Klang yang bertanding adalah Barisan Nasional dan juga DAP. Manakala untuk DUN Kota Alam Shah, Barisan Nasional, DAP dan 2 calon bebas.

Aku yang pertama kali untuk mengundi, aku perhatikan gerak kerja SPR di dalam kawasan pengundi sementara Polis bantuan untuk mengawal sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku.

Mereka melakukan kerja dengan baik dan telus. Cuma, masa aku semak nama dalam bilik mengundi, petugas SPR sebut kuat-kuat no. IC aku. Adakah itu polisi pengundian?


di saluran 6, Klang

Apa yang dapat aku simpulkan pada hari pengundian hari ni?

#1-Orang terlalu ramai. Melayu, Cina, India, Sabahan (yang berdaftar disini?) datang menunaikan kewajipan kepada negara. Tapi di kawasan ini, pengundi Cina paling dominan.

#2-Pengundi muda jelas kelihatan di saluran aku mengundi dan mereka sangat alert dengan apa yang di "share" dalam Facebook seperti no. siri pada kertas pengundian, bantahan sekiranya petugas SPR melakukan kesalahan dan lain-lain lagi. Bagus, mereka penuh dengan info.

#3-Tiada pengundi hantu (Bangla, Pakistan, Nepal, Myammar etc) kelihatan. Mungkin aku awal sangat kot?

#4-My Chinese friend, Jason datang macam pergi dating meyy! (Jason you don't get angry ah!) HEHE!

setel mengundi

Ada beberapa jam lagi sebelum pukul 5. Kepada yang belum mengundi, boleh segera ke pusat mengundi masing-masing. Keputusan PRU13 dikatakan pada jam 9 malam ini (menurut Media Prima membuat liputan)

enjoy!

2 comments:

Unknown said...

bro... brapa lama dakwat KEKAL tu bertahan.... masih ada lagi ker ?

SHAHRUL HAIRY DOT COM said...

Hazman:

Hari ni Selasa, dah hilang dah. NI aku tak cuci pon. Biarkan aje.