Thursday, April 18, 2013

Aktiviti meninjau gua di Taman Warisan, Kota Gelanggi (Felda Residence Tekam review) part #2




As salam, hello readers...

Aku sambung balik pasal aktiviti yang berlangsung ketika aku dan beberapa bloggers yang lain sampai di Felda Residence Tekam. Selepas aktiviti Flying Fox berjalan dengan jayanya, kami dibawa pula ke Gua berdekatan. Apa yang menariknya Gua disini adalah, sebanyak 10 Gua berada secara berdekatan! Korang boleh round semua gua yang ada kalau korang mampu lah? HEHE!

Dan gua pertama aku jejaki adalah Gua Tongkat

signboard Gua Tongkat

Kenapa dipanggil Gua Tongkat? Ini kerana, pembentukkan stalactite dan stalagmite nya berbentuk seperti "tongkat". Gua ini juga pernah menjadi lokasi penggambaran oleh produksi perfileman. Best kan?

Jom tengok dalaman Gua Tongkat





Semasa kami berada di Gua Tongkat, Encik Hamidi banyak memberikan info-info tentang gua ini. Selain itu, cerita mitos atau cerita rakyat juga diterangkan kepada kami. Menurut Encik Hamidi, gua ada 2 jenis iaitu gua jenis mitos dan juga gua jenis saintifik (orang buat kajian). Di Gua Tongkat selalu dijadikan tempat untuk ber-camping.

Peta untuk 10 Gua yang dinyatakan tadi

Kami menyusuri ke Gua Terang Bulan pula, tetapi tidak masuk ke dalam. Hanya di permukaannya saja. Laluannya adalah sepanjang 800meter dan berpatah kembali ke pintu yang sama korang masuk (U-turn daaa)








Apa yang special di Gua Terang Bulan ni? Menurut Encik Hamidi lagi, gua ini kalau pagi atau malam sama saja, gelap! Dan mempunyai imej-imej abstrak seperti diatas adalah imej abstrak ular tedung (kalau korang perasan laa..). Sistem pencahayaan dan juga laluan bertangga memudahkan pelancong untuk menikmati suasana gelap yang mengujakan!

Seterusnya, Gua Balai

Gua terakhir kami kunjungi

tempat parking

laluan bertangga batu, hati-hati agak licin sedikit selepas hujan

Berada di dalam Gua Balai


Encik Hamidi menceritakan bahawa, Gua Balai ini merupakan tempat bertemunya pahlawan Melayu iaitu Mat Kilau dan juga Dato Bahaman untuk bertemu/berbincang serta melakukan latihan silat disini. Gua yang berdekatan dengan gua ini adalah Gua Penyu.


Permukaan dalaman gua ini sepertinya tidak membahayakan pelancong kerana ianya landai dan mempunyai bongkah-bongkah batu yang besar, sesuai untuk aktiviti lasak yang ringan. Ada lagi gua yang mempunyai tahap lasak yang tinggi seperti Gua Tangga 99. Yang itu memang "kaw-kaw" punya!

Aku senaraikan 10 Gua mengikut kategori (mengikut pakej yang ditawarkan oleh Felda Travel) dari yang biasa-biasa sampailah yang extreme punya;

Cave Experience (biasa-biasa)
-Gua Tongkat
-Gua Terang Bulan
-Gua Balai
-Gua Penyu

Adventure Caving (separuh dari biasa)
-Gua Tongkat
-Gua Angin
-Gua Kepala Gajah
-Gua Sanding

Extreme Caving
-Gua Penyu
-Gua Ular
-Gua Kelawar
-Gua Tangga 99

*setiap kategori mempunyai harga yang berlainan. Sila hubungi Felda Travel untuk makluman lanjut. tq~*

sesi wrap-up oleh Encik Hamidi (baju oren) dan selesai aktiviti meninjau gua sekitar Felda Residence Tekam. SO NICE!!

Apa aktiviti hari ke-2?

bersambung.....

No comments: