Sunday, March 10, 2013

(workshop) Santai sihat dan cantik bersama Natasha Hudson by shahroll




As salam, hello readers...

Alhamdulillah, hari ini selesai tugasan aku untuk mengajar Kumpulan Pembangunan Wanita (KPW) untuk kawasan Pekan Meru. Apa yang aku ajarkan? mengenai Pembangunan Blog untuk perniagaan mereka yang diusahakan secara IKS (Industri Kecil Dan Sederhana). Aku akan cerita detail tentang kursus ini di lain post entry.

Ada workshop kecantikan untuk anda sertai pada hujung Mac. Bagus juga penganjur membuat kursus seumpama ini. Antara isi kandungan yang di-update di dalam Facebook adalah;
"Ingin tampil sihat dan cantik persis Natasha Hudson? Nak tahu apakah rahsia yang diamalkan oleh Natasha Hudson untuk kelihatan sentiasa anggun dan berseri? Mari sertai bengkel 'Santai sihat dan cantik bersama Natasha Hudson' pada 30hb Mac di PKNS Biz Point, Seksyen 7, Shah Alam jam 9.30 pagi hingga 12.30 pagi. 
Antara aktiviti yang diadakan ialah teknik solekan ringkas untuk keluar bersantai oleh makeup artis terkenal Nazliman, hijab styling dan tips penjagaan kesihatan dan juga kecantikan oleh Natasha Hudson. RM150.00 seorang termasuk makanan & minuman. 
Apa tunggu lagi? Jom kita santai-santai bersama Natasha Hudson sambil berkongsi tips. Tempat duduk terhad untuk 40 peserta sahaja. Goodie bag pun ada tau! Apa tunggu lagi! Siapa cepat dia dapat! Sila sms ke 012-4741005 (Nurhuda Khalid)" - via Facebook status

Harga yang berbaloi untuk korang belajar teknik-teknik tatarias yang simple dari Nazliman dan beberapa aktiviti yang menarik sepanjang kursus. TERBAIK dari ladang! =)

enjoy!

No comments: