As salam, hello readers...
Semalam (Khamis) masa mood aku tengah girang lagi berbunga-bunga, aku dikejutkan dengan insiden yang agak merimaskan. Bukan insiden apa, cuma bilamana ada manusia bersifat jiwa kotor dan hati busuk, mula lah gatal tangan dan jari tu untuk hacked Facebook orang lain. Aku tak tuduh sesiapa (walaupun ada fews name dalam otak aku now!) aku harap "dia" bertaubat dan segera mohon maaf dengan aku!
Pasal apa ni? kecoh je?
Korang tak rasa ape aku rasa skang. Walaupun korang kata, "alah, buat la akaun baru" tapi korang rasa tak akaun Facebook korang tu dah jadi port penting selain email dan talipon Samsung? kan? Aku rasa sangat annoying dengan manusia yang suka kacau privacy orang lain. MENYUSAHKAN taw dak?
Facebook message kat aku petang semalam...
Facebook ni pon satu hal, aku dah TAK PAKAI number celcom yang lama (SIMKAD nyer pon dah tak de!) tapi aku recover pakai email Yahoo aku. Bila dah lepas masukkan code yang diberi dalam email, Facebook mintak pulak code dari no talipon lama tu. ADESSS! payah la cam ni.
Dah aku ada project tengah running dalam Facebook tu. Dengan assignment untuk kelas event aku lagi. Oh Tuhan! mengapakah sekarang? *pause*
Ada solution? Kalau korang pakar dan boleh setelkan masalah aku ni, aku bagi upah best punya. Kalau boleh setelkan masalah ni la. Tolong aku eh?
*senyum kelat. Pandang pintu bilik*

 
2 comments:
adeh.. banyak pulak assignment dalam tu.. sabar bro.. banyak betul dugaan tu..
lorh! patutlah 2-3 hari lepas nick awak add fren akak balik. akak terfikir takkan awk unfren akak then nk readd... rupa2nya..sabo ajer den. S.O.S kat Denaihati Network. kompom ada yg boleh bantu. btw, tak sabar nk ikuti kursus awk next week..;-))
Post a Comment