As salam, hello readers...
Alhamdulillah, aku masih bernafas pada hujung hari 2012. Masih ada beberapa jam lagi untuk melangkah ke tahun 2013 yang mana membawa seribu satu erti kepada anda semua. Mungkin sudah ada perancangan yang rapi untuk tahun depan? Mungkin juga telah ada saki-baki azam yang masih lagi tersangkut? Apa pun, pastikan apa yang anda hajati tercapai ok? =)
Pada aku, planning untuk 2013 telah aku fikirkan seawal melangkah masuk tahun 2012. Dari segi kewangan, perniagaan sampingan dan lain-lain telah ku susun, tetapi pelaksanaan dibuat dalam jangka-masa 2-3 tahun. Tak sempat dilaksanakan dalam tempoh yang singkat.
Baiklah, untuk skop blogging, aku merasakan tahun 2012 agak sedikit posting yang dihasilkan. Mungkin juga aku merasakan dengan sedikitnya posting, tetapi mengekalkan kesan yang panjang. Maksudnya dari segi ulangan "ping entry" di Facebook dan juga Twitter.
Kita lihat entry yang terpilih sepanjang 2012;
Januari
#1-Bagaimana hidup tanpa matlamat?
Entry ni aku tulis semasa aku meletakkan sasaran (target) dalam tahun 2012 dan juga 2013. Macam aku cakap tadi kan, yang aku perlukan sasaran lebih awal sebelumnya masuk tahun-tahun baru. So, aku just bawak perkara yang belum terlaksana lagi. Alhamdulillah, masih berbaki lagi 2 perkara. Entry ni jugak banyak di-view pageview oleh kebanyakkan visitor blog ini. Mungkin korang juga tercari-cari bagaimana menetapkan sasaran dalam hidup korang?
Februari
#2-(Blog Contest) Sempena 600 follower di shahrulhairy dot com
Entry ni pula, adalah sebagai penghargaan aku terhadap pembaca-pembaca blog aku disini. Tak termimpi pula aku akan mendapat follower blog yang begitu ramai, padahal blog cerita pasal diri sendiri je lebih. Ada la sikit selit-selit cerita pasal benda lain. HUHU. Terima kasih pada yang sudi ambil bahagian walaupun hadiah tak seberapa =)
March
#3-Perbezaan blog dan website
Boleh dikatakan, hampir setiap bulan entry ini menjadi TOP entry dengan pageviews yang tinggi. Adakah mungkin ini membuktikan masih ramai orang Malaysia tidak paham dengan konsep 'blog" dan juga "website"? Boleh jadi juga kot. Semoga apa yang aku tulis itu menjadi kayu pengukur kepada pemahaman korang terhadap blog dan juga website =)
April
#4-Pewarnaan kartun dalam Photoshop
Entry yang berunsur tutorial jarang-jarang aku buat. Tapi kalau buat,memang all out punyalah. Sebab apa? masa yang diperhabiskan untuk satu tutorial dalam 2-3 jam. Lama kan? entry yang berkualiti sama macam korang nak buat advertorial, kena well-planned baru nampak flow penceritaan tu cantik. ewwah!
Mei
#5-Siapa Olivia Lubis dalam filem Gerimis Mengundang?
Cewek Indonesia (artis) dalam filem gabungan Malaysia-Indonesia. Ramai yang mencari "Agama Olivia" dan agak kepelikkan disitu. Mungkin ornagnya cantik, comel lantas menjadi perhatian ramai. Tapi lepas berlakon filem Gerimis Mengundang, dah tak nampak lagi berlakon di mana-mana filem di Malaysia. Mungkin belum ada rezki untuk berlakon lagi disini sejak SENIMAN mengawal kemasukkan artis dari luar negara.
Jun
#6-Internet icon
Terjumpa video di Youtube sebenarnya. Lepas tu aku terfikir, kan bagus kalau rancangan macam ni ada kat Malaysia. Kan? Dekat Malaysia ramai apa blogger icon, Youtubers icon, twitter-famous icon, kan? Aku percaya kalau ada production house yang buat, rating letop-letop! siap trending dalam #twitter ok? Sebab zaman sekarang zaman "social media" tak gitu?
Julai
#7-Niche blog?
Sebenarnya aku semacam rasa tak layak nak kupas isu niche blog, sebab apa? blog aku sendiri bercampur-campur entry. Tapi selalu aku katakan, aku blogger personal or lifestyle. Padahal ade je aku tulis pasal review produk, review book dan trip (travel). Entah lah, sampai sekarang orang masih recognize aku sebagai blogger photograph. May be diawal-awal kemunculan aku, aku banyak sentuk pasal camera kot? HAHA
Ogos
#8-Motivasi diri
Orang yang bagus adalah orang yang boleh memotivasikan diri sendiri tetapi orang yang terbaik adalah dapat memotivasikan orang lain. betul tak? Aku tulis pasal motivasi-motivasi ni di saat aku "down' gila. Sangat-sangat. Masa tu aku mencari-cari sumber kekuatan dan aku post. Lega. Mungkin anda juga?
September
#9-P1 MiFi review product
Dapat review produk dari P1 Wimax cukup bermakna. Dengan inisiatif mereka menggunakan medium blogger selaku medan promosi mereka, aku juga mendapat tempias dari itu. Dan, aku juga seorang pelanggan setia mereka dengan subscribe ISP mereka hampir 5 tahun! dan sekarang aku sambung lagi kontrak dengan mereka lagi 2 tahun. Services mereka sangat mantap!
Oktober
#10-Misi Kembara Qurban di Kemboja bersama e-Qurban
Pertama kalinya aku mengikuti rombongan ke luar negara untuk hari raya qurban. Sejujurnya, inilah kali pertama aku beraya diluar negara. Terima kasih kepada e-Qurban resources yang membawa aku ke sana dalam usaha mereka membantu rakyat Islam Kemboja disana. Tak dilupakan juga, team media yang bersama-sama dengan mereka selama berada di Kemboja. Catatan disana aku abadikan dalam blog ini.
November
#11-Kebab Turki datang komen blog ini
Aku kalau pergi makan dimana-mana, aku suka tengok cara mereka menyediakan, bagaimana mereka layan pelanggan dan paling penting kualiti rasa makanan mereka. Sebab itu, setiap kali aku pergi makan, aku akan ambil gambar sebelum dan selepas. Bukan untuk menjatuhkan perniagaan orang, tapi lebih kepada meningkatkan kualiti. Tak kisah la kualiti dari segi rasa makanan, services ataupun harga. Top management perlukan info-info ini untuk mereka mempertingkatkan prestasi mereka.
Disember
#12-Saya seorang Social Media Manager dan Marketing Consultant
Entry ni sebenarnya merujuk kepada workshop yang bakal aku anjurkan pada Feb 2013. Konsep "dari blogger ke blogger' bagaimana dari aku bermula smapai lah aku berada di tahap sekarang. Dengan business experiment aku melalui online (kain bandung) sampai lah bagaimana aku market kan perniagaan yang lain di dalam Internet. Semua akan aku kongsikan dalam workshop itu nanti.
Itulah antara rencah yang berlaku dalam tahun 2012. Ada suka, duka dan ada juga yang tak best berlaku. Yang tak best selalunya dalam draft je lah. HAHA! Tak pun aku akan tulis dalam blog satu lagi. Biasalah, blog aku ada 10, mana-mana pon aku leh curhat (curahan hati) HAHA!
jumpa kita tahun 2013!
enjoy!
6 comments:
Memang hebat. Saya menulis blog untuk terapi diri.
moga apa yang direncanakan mendapat keberkatan dari Allah SWT
Akubiomed:
Tidak lah begitu hebat seperti tuan =) terapi diri? memang itulah kepuasan yang sebenar!
siti:
Terima kasih, begitu juga dengan Siti ya? =)
bro memang dah sinonim dengan imej photog hebat yang kacak....
Bro Haz:
imej cam tu eh? huhuhu.. ALhamdulllah.. jgn org igt imej yang lain sudah.. hohohoh
Post a Comment