As salam, hello readers...
Semalam bertempat di Sunway Pyramid berlangsungnya Fear Factor Selebriti diperkarangan Orange Gate. Aku tiba ke lokasi lebih kurang dalam jam 11.00 pagi. Pada awalnya tak berapa ramai di booth Fear Factor Selebriti, tapi lepas 2 jam, orang ramai mulai memenuhi booth berkenaan untuk memenangi hadiah-hadiah yang menarik untuk dimenangi.
booth Fear Factor
room kuning tu ada cabaran yang perlu diatasi oleh setiap peserta
Antara selebriti yang aku perasan macam Dafi, Arja Lee, Gambit dan Dazrin. Lain-lain selebriti aku kurang mengenalinya dan lebih teruk, aku langsung tak kenal. Maafkan aku. Mungkin mereka kurang menonjol di kaca TV ataupun di blog-blog hiburan terkemuka. HEHE!
Aku pun tak lepaskan peluang untuk "mencabar" diri dalam Fear Factor ini. Nak kata susah, benda senang je sebenarnya tapi melibatkan mental dan juga emosi dalam melepasi setiap level game tersebut.
level #1- Cari guli dalam timbunan cacing
Game first dah mencengkam jiwa. Tengok cacing yang ada dalam balang dah geli-geliman hokeh! Demi Ipad Mini, aku gagahkan juga. Fuhhh! gila punya kerja. Benda tak bahaya, inilah yang aku katakan tadi. Bermain dengan emosi dan juga mental. Masa yang diberikan cuma 30 saat aje! uisshh, sukar tapi bukan mustahil bebeh!
Aku berjaya ke next level.
Level ke #2 lagi best. Pindahkan katak ke dalam balang yang disediakan. Balang tu tak jauh sangat. Jenis katak yang digunakan, macam katak pancing. Kecik dan berlendir! Errrghhhh!! seriau siak! tak pe, janji menang Ipad Mini. HAHA! Masa terpantas aku pindahkan katak-katak tu 54 saat. Uhhh lambat tu.
Gambar ini Team Fear Factor Selebriti bagi kat aku. THANKS!!
Level #3 sekarang dah ni. Kali ini aku dibawa ke bilik yang agak kelam dan gelap. Cahaya ada, cuma samar-samar. Aku dah tak boleh blah sebenarnya ni, sebab mata aku tak support (rabun wooh!) Then, judge suruh ambil 3 bendera yang ada di dalam lubang-lubang yang mereka dah sediakan.
Sekali tindakan refleks berlaku dalam minda, "Oh damn! dalam lubang ni mesti ada ular!" masa yang diberikan selama 1 minit sahaja. Dan...... aku GAGAL dalam misi tersebut kerana terlalu "kaku" dengan lubang-lubang itu. Takut ada ular! uhuhhuhu...
Tak de rezki, nak wat lagu mana kan?
Tapi event kali ini banyak aku bertemu dengan rakan-rakan baru yang sempoi lagi mesra alam gitu. Siapakah? jom kenal-kenal dengan diorang...
dari kiri: Nana, Khaliq dan Khaled
dari kiri: Ezreen & Nana
Nana dan Khaled menyertai ujibakat bersama Astro. Ujibakat ini sedang mencari muka-muka baru untuk dimuatkan dalam tak silap aku drama kot? "Sahabat" tajuk dia.
Antara pengadilnya terdiri daripada pengarah, penerbit eksekutif dan juga artis Fear Factor. Aku salute dorang neh yang mempunyai confident level yang tinggi. Ujibakat tempat terbuka beb! kau boleh? HEHE!
entry ini akan bersambung ye? Untuk melihat gambar-gambar yang lain dalam event ini, boleh pergi ke SHAHRULHAIRY FACEBOOK PAGES ni eh?
enjoy!
2 comments:
kat lobang2 tuh ulau/cicak getah ajer..ihihihih... yang last tuh baru ulau real..tapi taniah coz dah berjaya cabar diri sendiri...
Akuzle:
Haah, baru tahu lepas kawan2 lain cakap... hampeh btol.. melepas Ipad Mini.. huhuhu
Post a Comment