Saturday, November 24, 2012

Musang King boleh buat Durian Crepe tak?? by shahroll




As salam, hello readers...

Boleh aku katakan, sekarang musim durian dan juga hujan. Mana tidak, musim raja buah tu sekarang telah merajai beberapa kawasan di sekitar Shah Alam dan yang paling peymes, di seksyen 7 (berdekatan dengan food court, berhadapan dengan pintu masuk i-City) dan aku memutuskan untuk merasai kehanggatan Musang King yang diperkatakan "hebat" oleh rakan-rakan maya.

MEMANG HEBAT!


Selain isinya yang kuning dan rasa manis yang lazat super yummeh, ketebalan nya juga terbaik. Tak rugi membelinya walaupun sekilo RM15 hengget! Dengan nilai wang RM80 hengget, aku cuma dapat 2 biji Musang King ni.

Boleh ke Musang King buat "Durian Crepe"?

TAK BOLEH! sebab kemahalan durian jenis ni membuatkan korang tak untung banyak. Beli jenis yang murah sikit. Musang King enak makan seperti ini sahaja. Buat bubur kacang campur Musang King pun tak payah. RUGI!

kau tengok isi dia.. MANNTOUPPP!

Mana tahan beb! makan lagi.. lagii!!

Ketagih sudah dengan Musang King ni. Gaji lambat lagi (bulan 12 toqq!) kot ada tokey durian nak sponsor aku makan, aku ON aje. HAHA! Salam hujung minggu guys!

enjoy!

4 comments:

Unknown said...

kat sabah setengah kilo (biasa beli sepeket tu) RM25. Itu belum beli dgn kulit. tapi nak mkn punya pasal, tak sempat sampai rumah dah bedal dlm kereta, mmg terbaiklah.

SHAHRUL HAIRY DOT COM said...

Zana:

memang terbaik dari ladang ni kak... huhuhu~ akak stay Sabah eh? which area ya?

aurikelsan said...

Sedap! Musang king memang terbaeekkk. Udang merah dh try?? Wajib rasa!!!

SHAHRUL HAIRY DOT COM said...

Suria:

kan? HAHA! u bile nak makan sesama?
UDANG merah? ada kat mana tu?