As salam, hello readers...
Korang peminat makanan panas+sup? Kalau YA jawapannya, kita boleh jadi geng! Biasanya kalau makan steamboat, dalam kepala aku terbayang kedai Johnny's tak pun Seoul Garden. Lain-lain tempat yang murah banyak gak pernah rasa, tapi nan-hado je rasanya.
Oleh kerana aku suka makan ala steamboat, aku dah beli sendiri alat (periuk kan?) untuk buat steamboat cam kat kedai tu. HEHE! Syok gila...
jenama Pensonic aje.. her3..
Jenama Pensonic agak murah berbanding dengan brand-brand yang lain. Harga untuk periuk kat atas tu RM129 sahaja yang aku beli kat Giant Klang. Sekali pandang macam periuk kat Johnny's (nak jugak kata gitu.. =p) dan aku dah try masak sekali pada hari yang sama.
Tak sabar punya hal, aku beli bahan-bahan macam sosej, isi ketam, bebola ikan, bebola daging, brokoli dan tomato. Tak lupa gak, pes tomyam segera untuk memudahkan kuah tomyam disediakan.
TERBAIK! korang harus mencuba pes jenis ni... cukup lengkap rasanya..
Aku himpun semua bebola-bebola tu dalam mangkuk besar ni...
Air Bio-Aura diguna-pakai untuk memasak tomyam. Masa yang diperlukan lebih kurang dalam 20 minit untuk air mendidih dengan suhu periuk ke level 5 (maximum temperature).
yeah! dah boleh masukkan pes+bebola tadi...
Dengan masa yang sama, lepas mendidih kuah tomyam tu, dah boleh dah korang letak bahan-bahan tadi. Aku yang excited gila lepas 5 minit aku dah tadah dalam mangkuk. You know what? brokoli tu still keras! Gosshh... nak tak nak telan je lah (sedap jugak, ranggup!) HAHA!
taddaaaa~ dah siap!
Really enjoy that moment bila kita santai-santai dengan family sambil hirup kuah panas-panas cam ni. HEAVEN!
anda, bila lagi? =D
2 comments:
nampak macam sedap............
Hairulafiz:
Memang sedap =)
Post a Comment