Sunday, September 30, 2012

POPKON sedap dari Johor! by shahroll




As salam, hello readers...

Minggu lalu aku dikejutkan dengan satu bungkusan coklat dan setem berharga RM1.00. Jauh juga "barang" yang sampai. Ku tatap kesan cop yang tertera, dari Johor. Aku seakan "blur" apa yang sudah aku buat sampai ada 1 bungkusan yang cantik lagi ringan datang ke bilik aku.

Serius aku lupa...

Tetapi bila aku keluarkan perlahan-lahan, rupanya satu naskah zine yang aku nanti-nantikan untuk aku baca dan fahami maksud yang tersirat lagi berselirat (aku suka tang selirat-selirat neh!)

POPKON!

Ku belek atas, bawah, sisi tepi dan segenap sudut aku belek. Teringat aku naskah zine dari Fynn Jamal. Tapi itu bukan aku punya, kawan yang beli. Tapi untuk POPKON aku mula mengumpulkan pengkarya-pengkarya zine untuk koleksi peribadi aku.

Paparan di belakang... ayat dia Ummmph!!


"Kau bukan gula-gula kapas yang bagiku cuma LEMBUT, kau terlahir sebagai POPKON yang ranggup dan MANIS, yang aku nikmati dalam GELAP, menghadap pelbagai GENRE, dilayar panggung" - Salleh Razak

from JOHOR!

Antara halaman yang aku sukai, Paradiso & Pertama. INDAH!

Muka mula di dalam... dapat baca? =p

Siapa pengkarya untuk zine ni? Dia adalah Salleh Razak yang aku tak kenal, tapi mengenali kakaknya, Liza Razak dalam list bloggers friend aku. Kalau korang berminat untuk mendapatkan senaskah zine dari Salleh Razak, boleh berhubung dengan beliau di:-

Twitter: @xallehrazak
Facebook: xallehrazax
email: sallehrazak90@gmail.com

enjoy!

No comments: