As salam, hello readers...
Sepatutnya posting ni aku post semalam, tapi internet agak slow cam siput baby pulak kan, terpaksa tunda hari ini. Artikel yang keluar pada Mstar semalam menjadi inspirasi untuk aku menulis dalam ruangan blog aku.
Siapa Khalid Nadzri?
sumber: Mstar
Khalid merupakan adik kandung kepada pengarah filem terkenal, Ahmad Idham yang mengemudi empayar Excellent Pictures Sdn Bhd. Khalid juga telah membuat beberapa siri pengarahan yang ternyata menjadi dalam drama Apa Celop! dan juga yang terbaru, Runtun Qalbu.
Berbeza dengan Idham yang berlatar belakang pemegang ijazah perakaunan, Khalid pula lebih tepat kerana memegang ijazah dalam bidang pengarahan. Pastinya kita mengharapkan hasil yang begitu padu daripada Khalid Nadzri ini.
Aku dapat rasakan gandingan mantap kedua-dua pengarah baru dan lama dapat menghasilkan lebih banyak filem-filem dipasaran dengan kualiti yang baik. Kita tak mahukan kuantiti di pasaran (filem) tetapi mahukan kualiti dari sesebuah filem itu sendiri.
Now, Idham telah mendapat "Green Light" untuk memulakan penggambaran filem LARI yang pelakonnya hebat-hebat belaka seperti Aaron Aziz (wow!!) dan juga Ery Putra.
terbaik dari ladang Excellent Pictures!!
enjoy!
No comments:
Post a Comment