Thursday, August 30, 2012

Hari Kebangsaan Malaysia: Semangat 1957 diteruskan! by shahroll



As salam, hello readers...

Esok merupakan hari kemerdekaan bagi negara Malaysia. Happy Merdeka to Malaysia yang sudah "berdiri" di kaki sendiri selama 55 tahun. Perjuangan selama 55 tahun inilah yang telah kita nikmati pada hari ini. 

Sebagai warga Malaysia yang hidup selama suku abad, bersyukur tak terhingga kerana kestabilan negara dari segi politik, ekonomi dan sosial menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang maju kehadapan.
Walaupun apa pun yang terjadi, aku harapkan yang terbaik buat Malaysia. Maksud aku, tak kisah lah kita berbeza pendapat, berbeza perjuangan tetapi sebagai rakyat Malaysia kita patut bersatu membangunkan negara yang aman damai lagi harmoni.

Aku bangga ada kawan daripada bangsa lain. Pengasimilasi yang berlaku menjadikan Malaysia itu unik. Ye, unik dari silang budaya, mempelajari sesuatu perkara yang baru.

Pengalaman aku sendiri di kedai DVD di Subang Jaya. Aku masuk ke kedai untuk membeli DVD lagu. Ada seorang customer India yang masuk bersama anaknya. Sambil melihat-lihat DVD yang terbaru, si bapa berbual-bual dengan tauke Cina dengan bahasa Mandarin.

Aku juga ada basic Mandarin. Tapi kurang fasih.

Kepetahannya berbual rancak dengan tauke kedai itu membuatkan aku berfikir. Jika 55 tahun merdeka, rakyat Malaysia boleh menerima seadanya Malaysia yang berbilang bangsa, budaya dan bahasa, apakah yang akan terjadi 55 tahun akan datang? Sudah tentu perbezaan itu lenyap dan menjadi SATU Malaysia yang unggul bukan di dalam saja, bahkan diluar negara.

Itu baru satu sudut, bahasa.

Banyak lagi yang boleh kita kongsikan bersama. Lihat di Sabah dan Sarawak yang mempunyai pelbagai etnik serta kaum yang lebih banyak dari Semenanjung. Mereka boleh hidup harmoni tanpa adanya halangan bangsa atau agama. Hebat kan?

Selamat Hari Merdeka buat semua...







2 comments:

Lizz said...

selamat hari kemerdekaan ;)

SHAHRUL HAIRY DOT COM said...

Lizz:

Selamat Hari Merdeka Cik Lizz.. =)