Saturday, August 04, 2012

4 Top Social Media in marketing: Twitter, Blogs, LinkedIn, Facebook by shahroll


As salam, hello readers...

Susah betul menaip kat laptop ni. Al-kisahnya, PC aku kena "dirawat" sebab something wrong dengan Operating System (Windows XP) YES! aku still guna XP lagi. Kuno tak? orang lain dah guna Windows 8, aku masih guna XP =_=

Kali ni aku nak share dengan korang pasal Top 4 social media yang mana, para pemasaran internet melaksanakannya dalam pemasaran mereka dalam jaringan sosial/Internet.

Kita lihat carta dibawah;


Kalau kita tengok carta kat atas tu, media sosial yang popular adalah twitter di rank #1, Blogs di rank #2 (how amaze me!) Linkedln di rank #3 dan akhir sekali Facebook di rank #4! Agak terkejut tak dengan kajian yang dilakukan oleh Michael Stelzner ni?

Aku tak pasti samada di Malaysia carta ini boleh digunakan atau tidak. Sebab sumber yang diambil datangnya dari luar negara. Mungkin dia buat research study berdasarkan negara mereka. Tapi apa yang aku pasti, kewujudan akaun twitter untuk Jabatan kerajaan dan Institusi pengajian tinggi kian bercambah dari hari ke hari.

Ini kerana, Malaysia merupakan pengguna aktif di laman twitter berbanding Facebook. Setuju dengan kenyataan tersebut? =)

Bila sebut pasal blog, serius aku katakan bahawa industri blogging di Malaysia semakin hari semakin meriah. Faktanya, seramai 250 ribu penulis blog (dan masih menghitung) di Malaysia yang menerbitkan blog masing-masing dengan pelbagai niche yang ada. Aku harap statistik ini bakal meningkat sehingga Malaysia mampu melahirkan blogger-blogger yang hebat hingga ke peringkat global!

Adakah itu tidak mampu untuk "membuka mata" syarikat-syarikat besar untuk bekerjasama dengan blogger? Fikirkan =)

Linkedln merupakan social media yang tidak popular sangat di Malaysia, tetapi di luar negara ia merupakan perkara yang penting untuk business owner melihat profile (macam resume korang) sejauh mana kemahiran yang korang ada. Aku ada buat profile aku dalam ni. Nak tengok? lihat SINI.

Ok guys! hope korang dapat something dari post aku kali ni. See ya!

enjoy!

No comments: